YaPEIM » Soalan Lazim Skim Potongan Gaji

Soalan Lazim Skim Potongan Gaji

SOALAN LAZIM SKIM POTONGAN GAJI

1. Bagaimana cara untuk menyumbang melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM?

– Sila dapatkan borang persetujuan yang disediakan sama ada melalui taklimat yang dijalankan oleh wakil YaPEIM, muat turun melalui laman web YaPEIM di www.yapeim.net.my ataupun penghantaran terus melalui pos/email. Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada wakil YaPEIM atau dihantar ke Unit Skim Potongan Gaji untuk diproses.

2. Adakah dengan menyumbang melalui Skim Potongan Gaji, Penyumbang akan mendapat pelepasan cukai pendapatan?

– Tidak, sumbangan melalui skim potongan gaji YaPEIM tidak mendapat pelepasan cukai pendapatan.

3. Bagaimanakah YaPEIM mengagihkan kutipan sumbangan?

– Pengagihan kutipan sumbangan melalui skim/program YaPEIM berasaskan kepada Polisi Amal Jariah YaPEIM.

4. Adakah anak-anak yatim/miskin menerima manfaat secara langsung?

– Ya, anak-anak yatim di dalam dan luar negara mendapat manfaat di bawah Program Kecemerlangan Komuniti dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah. Antara inisiatif skim yang disediakan oleh YaPEIM adalah Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN), Skim Khairat Nasional, Skim Pembangunan Anak Yatim/Miskin yang ditimpa musibah serta lain-lain program iaitu Program Keluarga Angkat Prihatin, Program Perkasa Komuniti yang ditimpa musibah dan Program YaPEIM Prihatin (YaPEIM’s Care)

5. Adakah bukan muslim juga boleh menyumbang kepada YaPEIM?

Ya, pihak YaPEIM mengalu-alukan dan menggalakkan penyertaan kakitangan bukan Muslim dari sektor awan dan swasta.

6. Adakah pihak YaPEIM akan mengeluarkan Penyata secara individu bagi Sumbangan Sadaqatul Jariah melalui Potongan Gaji?

– Ya, pihak YaPEIM akan mengeluarkan penyata sumbangan sekiranya terdapat permintaan daripada penyumbang sama ada melalui panggilan telefon, faks, surat atau email. Maklumat yang diperlukan hanyalah Nama, No KP dan nombor telefon untuk dihubungi.

7. Bagaimanakah cara untuk membuat perubahan amaun sumbangan bulanan melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM?

– Permohonan perubahan sumbangan boleh dibuat sama ada dengan mengisi semula borang persetujuan atau mengemukakan surat permohonan perubahan kepada Unit Skim Potongan Gaji beserta dengan maklumat peribadi.

8. Bagaimanakah cara untuk membuat pembatalan sumbangan bulanan melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM?

– Permohonan pembatalan sumbangan boleh dibuat dengan mengemukakakn surat bertulis beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat Bertugas, Nombor Telefon dan kadar sumbangan semasa. Permohonan tersebut perlu dihantar melalui email, pos atau faks ke pejabat YaPEIM seperti alamat yang dinyatakan di bawah.  Namun begitu, pihak YaPEIM amat menggalakkan sumbangan kepada skim ini pada kadar minima penyumbang tanpa memberhentikan komitmen sumbangan bulanan.

9. Adakah sumbangan melalui Potongan Gaji merupakan simpanan individu?

– Tidak, sumbangan yang diterima oleh YaPEIM merupakan dana yang dikumpul dan akan diagihkan kepada kumpulan sasar seperti mana yang telah diperuntukkan dalam Polisi Amal Jariah YaPEIM.

10. Bilakah persetujuan sumbangan bulanan melalui potongan gaji ini berkuatkuasa?

– Bulan kuatkuasa sebarang arahan potongan gaji persetujuan sumbangan yang lengkap tertakluk kepada pentadbiran gaji Jabatan/Majikan masing-masing.

11. Adakah YaPEIM membenarkan Borang Persetujuan ini disalincetak?

– Borang Persetujuan Sadaqatul Jariah melalui Skim Potongan Gaji ini boleh dibuat salincetak oleh Ketua Jabatan/Majikan berkenaan jika perlu.

Top