YaPEIM » Soalan lazim SKIM KHAIRAT NASIONAL

Soalan lazim SKIM KHAIRAT NASIONAL

SOALAN LAZIM SKIM KHAIRAT NASIONAL

1. Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan Skim Khairat Nasional?

– Borang boleh didapatkan dari urusetia program, setiap cawangan negeri Ar-Rahnu YaPEIM, Ketua Kampung dan JKKK di setiap kawasan/wilayah.

2. Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?

– Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula.

3. Siapakah yang layak untuk mendapat bantuan Skim Khairat Nasional?

– Tanggungan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang didaftarkan dalam eKasih dan berdasarkan senarai asnaf, fakir dan miskin Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Mereka ini adalah terdiri dari balu atau tanggungan yang kematian Ketua Keluarga.

Top