YaPEIM » Soalan Lazim KAP

Soalan Lazim KAP

SOALAN LAZIM KELUARGA ANGKAT PRIHATIN

1. Apakah syarat yang selayaknya untuk mendapat bantuan Sinar Kasih?

– Anak yang kematian ketua keluarga iaitu bapa atau ibu bapa kerana musibah seperti kemalangan, kebakaran, mati lemas, gempa bumi dan insiden seumpanya.

2. Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan Sinar Kasih?

– Borang boleh didapatkan dari urusetia program dan setiap cawangan negeri Ar-Rahnu YaPEIM.

3. Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?

– Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula.

4. Bagaimanakah bantuan ini disalurkan?

– Bantuan ini akan disalurkan ke akaun bank anak-anak secara bulanan.

5. Berapa lamakah bantuan ini akan disalurkan?

– Bantuan akan diberikan selama setahun.

6. Siapakah yang layak untuk memohon bantuan perniagaan?

– Bantuan ini khas disediakan kepada isteri (balu) yang ingin membangunkan perniagaan dimana anak-anaknya tersenarai didalam Program Sinar Kasih.

Top