YaPEIM » Soalan Lazim Kelab Masa

Soalan Lazim Kelab Masa

SOALAN LAZIM KELAB MASA

1. APA ITU YEC?

– Latar belakang

  • YEC adalah sebuah Institusi Milik Penuh YaPEIM yang ditubuhkan pada 25 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat 1965. YEC dipertanggungjawabkan melaksanakan Program/Skim di bawah YaPEIM dengan mendapatkan peruntukan kewangan bagi tujuan menjayakan Program-program Amal Jariah.

– Misi dan Visi

  • Visi YEC adalah melahirkan masyarakat yang memiliki ciri-ciri keusahawanan serta komited dalam merealisasikan pembangunan ummah menjelang 2020.
  • Misi YEC adalah membangunan masyarakat ke arah kecemerlangan melalui budaya keusahawanan

– Objektif Korporat

  • Meningkatkan pendapatan keluarga miskin dan termiskin dengan menjalankan projek ekonomi secara kecil-kecilan.
  • Melahirkan peniaga-peniaga kecil yang berdaya maju dan membantu kearah pengwujudan usahawan baru.
  • Membangunkan pemikiran dan budaya masyarakat sebagai strategi jangkamasa panjang untuk membasmi kemiskinan.
2. APAKAH AKTIVITI YEC?

– PAKEJ PROGRAM MIKRO KREDIT BERASASKAN SKIM AR RAHNU

1.  Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu YaPEIM (Kelab MASA)

             Objektif

  • Kelab Maya Sahabat Ar Rahnu YaPEIM (Kelab MASA) diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.
  • Satu Pengkalan Data Sahabat Ar Rahnu (PDSAR) diwujudkan bagi tujuan pengumpulan data yang berkaitan.

             Kelayakan dan Keahlian

  • Pelanggan yang menggunakan kemudahan  Ar Rahnu YaPEIM bagi tujuan perniagaan akan didaftarkan secara (online) melalui Sistem Ar Rahnu YaPEIM (Ar Rahnu Net) sebagai   anggota  kelab  dan  dikenali  sebagai Sahabat Ar Rahnu YaPEIM.
  • Maklumat Sahabat Ar Rahnu ini akan dimasukkan dalam Pengkalan Data Sahabat Ar Rahnu (PDSAR).
  • Maklumat keanggotaan dan perniagaan boleh dikemaskini di Cawangan Ar Rahnu YaPEIM / Pusat Komuniti YaPEIM di seluruh negara.
  • Individu yang berpotensi / bakal memanfaatkan Perkhidmatan Ar Rahnu YaPEIM bagi tujuan perniagaan.

2.  Skim Galakan Usahaniaga Printis

              Latar belakang   

  • Skim ini diperkenalkan sebagai sokongan kepada kelompok dalam Pengkalan Data di lokaliti penawaran Skim Ar Rahnu agar memanfaatkan Skim Ar Rahnu sebagai sumber modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

              Syarat pelaksanaaan

  • Didaftarkan dalam Pengkalan Data Kemiskinan (PDK) dan Pengkalan Data Golongan Kurang Bernasib Baik (PDKBB).
  • Menggunakan kemudahan Skim Ar Rahnu untuk perniagaan:
  • Keperluan modal tidak melebihi dua (2) kali ganda kemudahan yang dimanfaatkan daripada Skim Ar Rahnu dan dikenalpasti tiada sumber tambahan yang mampu diperolehi segera.
  • Bilangan calon adalah sekitar 10 orang (bagi satu PKY) setahun dan jumlah pemberian tertakluk kepada jumlah maksimum RM 1,000.00 seorang.
  • Terbuka kepada kumpulan sasar yang lain, bagaimanapun komuniti SABAR dalam pengkalan Data Kemiskinan akan terus diberi keutamaan.

             Kriteria pemilihan calon

Kelompok golongan miskin/termiskin dan golongan kurang bernasib baik di lokaliti penawaran Skim Ar Rahnu seperti berikut: 

  • SABAR yang mendapat kadar khas upah simpan dan tersenarai / pernah disenaraikan dalam pengkalan data e Kasih.
  • SABAR yang menggunakan kemudahan Ar Rahnu sebagai sumber modal bagi tujuan perniagaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh semakan dibuat.
  • Keperluan perniagaan 2 kali ganda kemudahan yang dimanfaatkan daripada Skim Ar Rahnu dan jumlah pemberian tertakluk kepada jumlah maksimum RM 1,000.00 seorang.
  • Dikenalpasti tiada sumber tambahan yang mampu diperolehi segera selain melalui Skim Ar Rahnu.

3.  Skim Anugerah Jejak Jaya Usahawan

Pengenalan

Skim ini diperkenalkan sebagai pemangkin dan motivasi kepada usahawan kecil yang berjaya di bidang yang diceburi sekaligus kejayaan mereka boleh menjadi contoh kepada usahawan kecil yang lain daripada kelompok yang sama yang

terdiri daripada:

  • Sahabat Ar Rahnu YaPEIM, dan

       (Mereka yang menggunakan kemudahan  Ar Rahnu YaPEIM dan terlibat dalam bidang keusahawanan)

  • Usahawan kecil yang berjaya

       (Mereka yang terlibat di bidang keusahawanan yang dipilih berasaskan kriteria yang ditetapkan)

              Objektif / Strategi

  • Sebagai pemangkin dan motivasi kepada usahawan kecil yang Berjaya di bidang yang diceburi, sekaligus mereka boleh menjadi conth kepada usahawan kecil yang lain daripada kelompok sama.
  • Memberi pengiktirafan, ganjaran dan penganugerahan bagi produk/perkhidmatan terbaik bertujuan memberi suntikan semangat kepada usahawan untuk menghasilkan produk/ perkhidmatan yang lebih bermutu dan berkualiti setanding dengan produk keluaran Negara luar.
  • Sebagai galakan ke arah pembangunan budaya masyarakat kreatif dan berinovasi sekaligus memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio ekonomi secara komuniti.
  • Melaksanakan konsep baru berorentasikan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai tambah yang tinggi untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya.

            Kriteria pemilihan

  • Sahabat Ar Rahnu (SABAR) – Usahawan yang menggunakan kemudahan Ar Rahnu YaPEIM bagi tujuan perniagaan.
  • Personaliti dan penampilan diri.
  • Suasana dan persembahan tempat peniagaan.
  • Kecekapan pengurusan organisasi dan kewangan
  • Prestasi perniagaan (jualan, keuntungan dan nilai bersih).
  • Perancangan pembangunan dan peningkatan.
  • Sumbangan usahawan dan perniagaan kepada ekonomi, sosial dan politik sama ada setempat, daerah, negeri atau kebangsaan.

4.  Skim Sahabat Emas Ar Rahnu

              Latar belakang

  • Skim ini diperkenalkan bertujuan untuk mengiktiraf individu yang benar-benar memanfaatkan Skim Ar Rahnu sebagai saluran menjayakan kegiatan produktif  khususnya perniagaan.
  • Pengiktirafan tersebut boleh dijadikan motivasi kepada peniaga kecil yang berdaya maju.
  • Penerima Anugerah Tokoh Sahabat Ar Rahnu layak menerima kemudahan pembiayaan 100% daripada nilai sebenar emas (Nilai Marhun).

             Objektif

  • Mengiktiraf individu yang benar-benar memanfaatkan Skim Ar Rahnu sebagai saluran menjayakan kegiatan produktif khususnya perniagaan.
  • Pengiktirafan tersebut boleh dijadikan motivasi kepada peniaga kecil yang berdaya maju.

              Syarat pelaksanaan skim

  • Didaftarkan dalam Pengkalan Data Keusahawanan.
  • Menggunakan kemudahan Skim Ar Rahnu untuk menjayakan perniagaan sendiri disamping berupaya membantu individu yang lain sama ada dalam bentuk menyediakan peluang pekerjaan mahupun peluang perniagaan baru di lokaliti penawaran Skim Ar Rahnu. (Pengurusan akan menentukan kriteria kejayaan sesuatu projek.)
  • Bilangan sekitar 10 orang (bagi satu PKY) setahun (had bilangan mereka yang layak adalah tertakluk kepada jumlah keseluruhan penerima manfaat yang layak daripada keseluruhan PKY).
  • Kemudahan yang akan diberikan kepada Sahabat Emas Ar Rahnu ialah jumlah pinjaman 100% daripada nilai sebenar emas (Nilai Marhun).
  • Sebagai percubaan, Pengurusan akan menentukan beberapa PKY tertentu untuk melaksanakannya. Sekiranya didapati berpotensi menjayakan dengan lancar, Pengurusan akan memperluaskannya melalui PKY di seluruh negara.

              Kriteria pemilihan calon

  • Memantapkan kemudahan Ar Rahnu YaPEIM sebagai saluran menjayakan perniagaan sama sebagai sumber modal, modal pusingan, memberi peralatan, meningkatkan prasarana, mengembangkan perniagaan dan sebagainya.
  • Jumlah terkumpul perbiayaan adalah RM 10,000.00 dan ke atas dalam tempoh 12 bulan dari tarikh semakan dibuat.
  • Mempunyai rekod penebusan yang baik di Ar Rahnu YaPEIm (semasa pemilihan calon diadakan)
  • Mempunyai perniagaan sendiri yang berdaya maju.
  • Mempunyai pekerja dan cawangan perniagaan baru salah satu yang berkenaan.
  • Produk dan perkhidmatan yang diurusniagakan tidak bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang negara.
  • Berjaya meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan perniagaan selepas menggunakan kemudahan Ar Rahnu YaPEIM.
  • Kejayaan boleh dijadikan motivasi kepada peniaga kecil yang berdaya maju.

              PROGRAM MEMANTAPKAN KEBAJIKAN UMMAH

  • Skim Khairat Nasional – Bantuan Khas Perniagaan

              Pengenalan

Skim ini di perkenalkan melalui Bajet YaPEIM 2006 sebagai usaha yang berterusan bagi mempastikan keluarga termiskin di seluruh Negara, secara psikologinya sentiasa dalam keadaan selamat khususnya mereka di bawah jagaanya.

Walaupun sudah sampi masa ketua keluarga atau pasangan berkenaan menemui illahi, maka “Skim Khairat” sebagai pendekatan yang sudah diterima balu oleh masyarakat  malah sudah menjadi amalan di dalam sesetengah kelompok

masyarakat. Skim ini diperkenalkan melalui Bajet 2006 sebagai usaha yang berterusan bagi mempastikan keluarga termiskin di seluruh negara, secara psiloginya sentiasa dalam keadaan selamat khususnya mereka di bawah jagaannya.

              Objektif

Sebagai usaha yang berterusan bagi mempastikan kumpulan sasar Skim di seluruh Negara, secara psikologinya dalam keadaan selamat dan terjaga kebajikannya. Pada masa yang sama tumpuan diberikan kepada bantuan bagi

mempastikan kelaurga berkenaan dapat meneruskan kehidupan mereka berasaskan sumber yang berterusan.

Objektif Bantuan Khas Perniagaan adalah seperti berikut:-

a)    Sebagai sokongan kepada kelompok golongan kurang bernasib baik untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

b)    Memberi galakan kepada golongan kurang bernasib baik untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan.

              Kriteria Pemilihan

  • Peserta / balu merupakan warganegara yang akan memulakan perniagaan / telah mempunyai perniagaan  /  produk berpotensi untuk dikembangkan.
  • Umur peserta / balu (penerima manfaat) tidak melebihi 65 tahun (berdasarkan tarikh lahir yang akan datang).
  • Sihat tubuh badan dan berkemampuan melaksanakan perniagaan / mempunyai tanggungan yang mampu untuk membantu melaksanakan perniagaan.
  • Peserta / balu menunjukan minat dan kecenderungan yang mendalam untuk melaksanakan / meneruskan perniagaan / mempunyai tanggungan dan kecenderungan yang sama.
  • Calon mempunyai produk yang berpotensi dan tapak projek yang bersesuaian (berasaskan semakan dan budi bicara YaPEIM)
  • Mendapat sokongan pimpinan setempat seperti pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pegawai Daerah / Pengurus Cawangan.

             Sektor perniagaan yang dipertimbangkan: 

  • Peruncitan (kedai runcit, gerai, perniaga pasar dan sebagainya)
  • Pembuatan (makanan, minuman, pengeluaran produk dan sebagainya)
  • Pertanian/penternakan
  • Perkhidmatan dan sebagainya.
  • Program Sinar Kasih – Bantuan Khas Perniagaan

              Latar belakang

Program Sinar Kasih yang diperkenalkan secara bersama dengan RTM dan Utusan Malaysia, menjadi medium baru bagi menjayakan Program Keluarga Angkat Prihatin yang diperkenalkan oleh institusi ini. Langkah menganjurkan secara

bersama dengan media arus perdana ini merupakan langkah sinergi yang sangat inovatif. Diharapkan skim yang dianggap sebagai langkah proaktif dalam menangani persoalan anak-anak yatim dan anak-anak keluarga termiskin yang

ketua keluarga meninggal kerana musibah mempunyai impaknya yang tersendiri dalam menyantuni kelompok berkenaan.

              Objektif

Objektif Program Sinar Kasih adalah seperti berikut:-

  • Menyantuni segera keperluan asas meliputi aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak yang terbabit melalui tindakan pantas berasaskan Pelaporan Berita (Media) – Tindakan Pantas bagi menyalurkan bantuan (YaPEIM dan Media);
  • Meringankan bebanan keluarga terdekat dalam menangani keperluan anak-anak terbabit khususnya di peringkat awal musibah berlaku; dan
  • Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan berkaitan, institusi masyarakat dan keluarga terdekat, dalam menyantuni anak-anak terbabit.

Objektif Bantuan Khas Perniagaan adalah seperti berikut:-

  • Sebagai sokongan kepada kelompok golongan kurang bernasib baik untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
  • Memberi galakan kepada golongan kurang bernasib baik untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan.

              Kriteria Pemilihan

  • Peserta / balu merupakan warganegara yang akan memulakan perniagaan / telah mempunyai perniagaan  /  produk berpotensi untuk dikembangkan.
  • Umur peserta / balu (penerima manfaat) tidak melebihi 65 tahun (berdasarkan tarikh lahir yang akan datang).
  • Sihat tubuh badan dan berkemampuan melaksanakan perniagaan / mempunyai tanggungan yang mampu untuk membantu melaksanakan perniagaan.
  • Peserta / balu menunjukan minat dan kecenderungan yang mendalam untuk melaksanakan / meneruskan perniagaan / mempunyai tanggungan dan kecenderungan yang sama.
  • Calon mempunyai produk yang berpotensi dan tapak projek yang bersesuaian (berasaskan semakan dan budi bicara YaPEIM).
  • Mendapat sokongan pimpinan setempat seperti pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pegawai Daerah / Pengurus Cawangan.

              MEMANTAPKAN PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN UMMAH

  • Merealisasikan semangat berasaskan Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-fest)

             Objektif

  • Sebagai platform untuk menyampaikan maklumat dan memprosikan perkhidmatan / produk, pencapaian semasa dan potensi dalam bidang keusahawanan yang disediakan oleh institusi / badan / syarikat yang terbabit kepada masyarakat.
  • Sebagai platform yang sesuai untuk membuat pemadanan (match making) sekaligus mewujudkan jaringan perniagaan di kalangan usahawan Muslim dan institusi atau badan yang menawarkan produk dan perkhidmatan usahawan.
  • Sebagai platform dan medium yang sesuai ke arah pembinaan budaya keusahawanan khususnya di kalangan generasi muda.
  • Mewujudkan Pusat Setempat Promosi Produk Halal dan Produk Keluaran Usahawan Muslim (Halal Point)

Objektif

  • Membantu pengguna mendapatkan barangan asas halal dengan harga berpatutan berdasarkan kenaikan taraf hidup yang semakin meningkat.
  • Mewujudkan  networking   bagi  tujuan  pemasaran  di seluruh negara di dalam bidang peruncitan halal.
  • Mewujudkan jaringan antara usahawan Kelab MASA dengan pengusaha lain.
  • YEC  menceburi pelaburan baru yang berpotensi bagi menjana pendapatan untuk syarikat dan dalam usaha menyiapkan YEC ke arah mandiri.
  • Mewujudkan Pejabat Ekonomi kepada Peniaga Baru

Model Pejabat Ekonomi kepada Peniaga Baru akan dilaksanakan dengan mengenalpasti ruang premis di Manjoi, Perak sebagai perintis. Antara perkhidmatan yang dikenalpasti akan ditawarkan di pejabat ini adalah seperti berikut:-

  • Urusan berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM): Daftar / Pembaharuan Lesen Perniagaan.
  • Legal Services, Auditing, Accounting, Company Secretary dan E-Banking.
  • Perkhidmatan percetakan : letter head, business card & pamphlet.
  • Ruang bacaan dan mini café.
  • Menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga Muslim melalui Pendekatan Roadshow

             Objektif

  • Menyewa secara pukal bagi satu tempoh di ruang-ruang pameran dan perniagaan pasar raya terpilih di negara ini untuk menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan Muslim YaPEIM.
  • Menjayakan pendekatan perniagaan bagi membantu sumber (sourcing) usahawan dan YEC melalui program ini.
Top