YaPEIM » Soalan Lazim Akademi Pengurusan YaPEIM

Soalan Lazim Akademi Pengurusan YaPEIM

SOALAN LAZIM AKADEMI PENGURUSAN YaPEIM

JABATAN PENGAJIAN ILMU PENGURUSAN ISLAMI

1) Apakah Itu Jabatan Pengajian Ilmu Pengurusan Islami?

Merupakan salah satu jabatan di bawah akademi pengurusan YaPEIM yang berusaha untuk

mengembangkan ilmu pengurusan islami secara tersusun dan teratur melalui aktiviti – aktiviti

penganjuran seminar, dialog dan kursus.

2) Apakah Objektif Yang Utama Jabatan Pengajian Ilmu Pengurusan Islami?

Menganjurkan program yang bersesuaian yang berteraskan ilmu Pengurusan Islami

bersandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah melalui pelbagai pendekatan

3) Apakah Kursus Yang Ditawarkan Oleh Akademi Pengurusan YaPEIM?

– Kursus Modul Pengurusan Tauhidik

– Kursus Pandangan Sarwa Islami (Bekerja Dengan Hati Dan Akal)

– Kursus-Kursus Pengurusan Yang Berkaitan Dengan Pengurusan Islami

4) Bagaimana Cara Untuk Mandapatkan Maklumat Lanjut Berkaitan Kursus?

– Melalui Laman Web

– Boleh Berhubung Terus Dengan Pegawai Yang Terlibat Di Ibu Pejebat Akademi

– Pegawai Yang Terlibat Di Jabatan Kursus

En. Mohd Fadhlul Hakim Bin Abd Latif (013-3153132) (fadhlulhakim88@gmail.com)

En. Muhammad Akmal Bin Hj. Suhaimi (017-6955856) (akmalsuhami@akademi.com.my)

– Alamat pejabat

Tingkat 7 Grand Season Avenue

No. 72 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

5) Adakah tedapat agensi kerajaan mahupun swasta yang pernah mengikuti kursus di Akademi Pengurusan YaPEIM?

– Ya, di antaranya ialah:-

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (APRM)

JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN

1) Bolehkah pengguna luar menggunakan perpustakaan Akademi Pengurusan YaPEIM?

Boleh, tetapi pengguna luar/ awam tidak boleh membuat pinjaman buku tetapi boleh membuat

salinan dengan kebenaran pustakawan

2) Bagaimanakah cara untuk membeli buku-buku terbitan YaPEIM, Akademi dan agensi?

Pembeli boleh menghubungi terus Akademi bahagian perpustakaan bagi penempahan/

pembelian, pegawai yang terlibat:-

Syahida Farwin Mohd Ribuan

No. tel : 012-6279963

Email   : syafarmr@gmail.com

3) Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan Akademi?

– Perpustakaan Akademi menyediakan perkhidmatan OPAC peminjaman/ pemulangan dan bahan

rujukan staf

4) Adakah pengguna awam boleh meminjam buku/ bahan rujukan di perpustakaan Akademi

– Pengguna awam tidak boleh membuat peminjaman bahan rujukan di perpustakaan Akademi

JABATAN MEMBANGUN ILMU PENGURUSAN ISLAMI

1) Siapakah yang boleh memohon menjadi penulisan Karya Ilmiah Pengurusan Islami?

– Bagi penulisan karya ilmiah, sesiapa sahaja yang berbakat dalam penulisan boleh memohon dan berkemahairan dalam tajuk yang bakal ditulis.

2) Dimanakah boleh saya dapati borang permohonan?

– Tuan / Puan boleh mendapatkan borang permohonan dari laman web Akademi, www.akademi.com.my atau berhubung terus dengan pegawai kami dari Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami sama ada melalui panggilan telefon atau emel mereka.

3) Bagaimanakah bentuk proposal yang perlu ada dalam kertas kerja tersebut?

– Dalam penulisan proposal tersebut, Akademi memohon agar setiap proposal dilengkapkan dengan borang permohonan dan kertas kerja merangkumi:

RINGKASAN PROPOSAL PENULISAN KARYA ILMIAH PENGURUSAN ISLAMI, AKADEMI PENGURUSAN YaPEIM 

– TAJUK

– ISI KANDUNGAN YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BUKU

– OBJEKTIF PENULISAN TAJUK TERSEBUT

– PENERANGAN BAGI SETIAP ISI KANDUNGAN @ BAB YANG AKAN DITULIS

– TEBAL MUKA SURAT BAGI SETIAP BAB

– RUJUKAN

– dan lain-lain yang dirasakan perlu.

4) Berapa lamakah tempoh penulisan yang diberikan?

– Akademi memberi tempoh selama 6 bulan untuk menyiapkan penulisan karya ilmiah tersebut.

5) Seandainya dalam tempoh tersebut kami tidak dapat menyiapkan, bolehkah kami melanjutkan penulisan?

– Ya, boleh. Kami boleh memberikan tempoh lanjutan kepada pihak Tuan / Puan tetapi secara surat rasmi daripada pihak Tuan/ Puan.

6) Sepanjang tempoh tersebut, apakah yang perlu kami lakukan?

– Pihak Tuan / Puan perlu menghantar laporan proses penulisan kepada kami melalui emel setiap 3 bulan sekali. Hal ini adalah untuk rekod progress kerja  penulisan.

7) Bagaimana dengan tajuk? Adakah kami boleh pilih apa-apa tajuk atau ada tajuk yang Akademi tetapkan?

– Akademi mempunyai tajuk-tajuk tertentu untuk penulisan. Tajuknya adalah berasaskan dalam buku Pengurusan Islami: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani atau tajuk-tajuk lain yang bersesuaian dengan tema ‘Pengurusan Islami’.

Tajuk-tajuk cadangan Akademi adalah seperti berikut:-

BAB 1  KONSEP DAN FALSAFAH PENGURUSAN ISLAMI

– Falsafah Pengurusan Islami

BAB 2  LATAR SEJARAH PERTUMBUHAN AMALAN PENGURUSAN

– Evolusi Pengurusan: Menelusuri Jejak Sejarah Tamadun Islam

– Sejarah Perkembangan Pentadbiran dan Pengurusan Islami

– Tokoh-Tokoh Pemikir Pengurusan Islami.

BAB 3  ILMU PENGURUSAN ISLAMI: KEASLIAN DAN KESEPADUANNYA

– Perbincangan Konseptual: Faham Ilmu

– Ilmu dan Pembinaan Watak Manusia

– Hubung Jalin Ilmu Pengurusan Dengan Ilmu-Ilmu Lain

BAB 4  PANDANGAN SARWA ISLAMI (ISLAMIC WORLDVIEW)

– Pandangan Sarwa

– Pandangan Sarwa Islami (Islamic Worldview): Tauhid dan Implikasinya

BAB 5  ETOS KERJA ISLAM

– Etos Kerja Islam

– Dinamika Etos Kerja Sesuatu Bangsa

– Hubungkait Etos Kerja Dengan Nilai Ekonomi

BAB 6  PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAMI

– Prinsip Pengurusan Islami

~ Syura (Musyawarah)

~ Amal Jama’i (semangat dan kerja kolektif)

~ Kepimpinan dan Kepengikutan (al-qiyadah wa al-jundiyah)

BAB 7  PROSES PENGURUSAN ISLAMI

– Proses Pengurusan Islami: Perbincangan dari Sudut Nilai-Nilai

~ Niat

~ Perancangan

~ Pelaksanaan

~ Pengorganisasian

~ Pengarahan

~ Pengawalan

~ Penilaian

BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

– Pembangunan Sumber Daya Insani

– Ciri dan Potensi Keinsanan

BAB 9  PENGURUSAN STRATEGIK

– Pengurusan Strategik: Rujukan Khas Kepada Kes Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke  Madinah

BAB 10 KUALITI DAN KECEMERLANGAN

– Kualiti dan Kecemerlangan

BAB 11 TATAKELOLA YANG BAIK (GOOD GOVERNANCE)

– Tatakelola yang Baik

– Tatakelola yang Baik Berasakan Agama

BAB 12 PENGURUSAN ISLAMI: PILIHAN DAN HARAPAN MASA DEPAN

– Pengurusan Berteraskan Nilai-Nilai Keagamaan

8) Bagaimanakah proses untuk menjadi penulis?

– Penulis perlu menghantar permohonan beserta proposal, kemudian Akademi akan menilai sama ada tajuk dan kandungan penulisan sesuai atau tidak. Jika bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak Akademi, Akaemi akan mengeluarkan surat lantikan penulisan.

9) Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?

– Pembayaran akan dibuat secara sekali gus iaitu setelah manuskrip lengkap dihantar dan dinilai oleh panel AKademi Pengurusan YaPEIM. Akademi tidak akan membayar secara royalti.

10) Apa yang diperlukan untuk memohon Geran Penyelidikan Pengurusan Islami, Akademi Pengurusan YaPEIM?

– Bagi memohon Geran Penyelidikan Pengurusan Islami, Akademi, kami hanya memerlukan dua perkara iaitu;

~ Borang Permohonan Geran Penyelidikan,

~ Cadangan proposal geran penyelidikan

11) Bagaimanakah bentuk proposal yang perlu ada dalam kertas kerja tersebut?

– Dalam penulisan proposal tersebut, Akademi hanya memerlukan butir-butiran Ringkasan Cadangan Eksekutif Penyelidikan seperti di bawah iaitu:

RINGKASAN CADANGAN EKSEKUTIF PENYELIDIKAN PROPOSAL GERAN AKADEMI PENGURUSAN YaPEIM

– TAJUK

– LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN

– KAJIAN LITERATUR

– PERSOALAN KAJIAN

– OBJEKTIF KAJIAN

– METOD KAJIAN

– JANGKAAN HASIL DAPATAN PENYELIDIKAN

– FLOW CHART OF RESEARCH ACTIVITIES

– GANTT CHART OF RESEARCH ACTIVITIES

– BELANJAWAN

– RUJUKAN

– dan lain-lain yang dirasakan perlu.

* Ringkasan Cadangan Eksekutif Penyelidikan (minimum 300 patah perkataan)

12) Kenapa dalam borang tersebut, perlu Perakuan Naib Canselor/ Timbalan Naib Canselor/ Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan ya?

– Bahagian tersebut perlu dan penting bagi pengesahan pihak universiti kerana pembayaran duit geran adalah melalui Bendahari Universiti. Selain itu, mungkin juga menjadi penilaian prestasi bagi pihak universiti untuk projek geran pihak tuan/puan.

13) Perlukah jadual perbelanjaan dilampirkan sekali dalam proposal?

– Ya, Akademi memerlukan jadual perbelanjaan supaya kami dapat menilai sejauh mana keperluan geran tersebut dan kami ingin pastikan jumlah yang diperlukan oleh pihak tuan/ puan.

14) Berapakah jumlah geran yang Akademi Pengurusan YaPEIM peruntukan?

– Akademi memperuntukkan maksimum RM 20,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu Sahaja)  bagi setiap geran yang dipohon.

15) Berapa lamakah tempoh penyelidikan yang diberikan?

– Akademi memberi tempoh selama 15 bulan untuk menyiapkan penyelidikan tersebut.

16) Seandainya dalam tempoh tersebut kami tidak dapat menyiapkan, bolehkah kami melanjutkan penyelidikan?

– Ya, boleh. Kami boleh memberikan tempoh lanjutan kepada pihak Tuan / Puan tetapi secara surat rasmi daripada pihak Tuan/ Puan.

17) Sepanjang tempoh tersebut, apakah yang perlu kami lakukan?

– Pihak Tuan / Puan perlu menghantar laporan proses penyelidikan kepada kami melalui emel setiap 3 bulan sekali. Hal ini adalah untuk makluman kami supaya apabila pegawai atasan bertanya, kami ada laporan untuk diberitahu.

18) Bagaimana dengan tajuk? Adakah kami boleh pilih apa-apa tajuk atau ada tajuk yang Akademi tetapkan?

– Akademi mempunyai tajuk-tajuk tertentu untuk penyelidikan. Tajuknya adalah berasaskan dalam buku Pengurusan Islami: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani atau tajuk-tajuk lain yang bersesuaian dengan tema ‘Pengurusan Islami’. Tajuk-tajuk cadangan Akademi adalah seperti berikut:-

BAB 1  KONSEP DAN FALSAFAH PENGURUSAN ISLAMI

– Falsafah Pengurusan Islami

BAB 2  LATAR SEJARAH PERTUMBUHAN AMALAN PENGURUSAN

– Evolusi Pengurusan: Menelusuri Jejak Sejarah Tamadun Islam

– Sejarah Perkembangan Pentadbiran dan Pengurusan Islami

– Tokoh-Tokoh Pemikir Pengurusan Islami.

BAB 3  ILMU PENGURUSAN ISLAMI: KEASLIAN DAN KESEPADUANNYA

– Perbincangan Konseptual: Faham Ilmu

– Ilmu dan Pembinaan Watak Manusia

– Hubung Jalin Ilmu Pengurusan Dengan Ilmu-Ilmu Lain

BAB 4  PANDANGAN SARWA ISLAMI (ISLAMIC WORLDVIEW)

– Pandangan Sarwa

– Pandangan Sarwa Islami (Islamic Worldview): Tauhid dan Implikasinya

BAB 5  ETOS KERJA ISLAM

– Etos Kerja Islam

– Dinamika Etos Kerja Sesuatu Bangsa

– Hubungkait Etos Kerja Dengan Nilai Ekonomi

BAB 6  PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAMI

– Prinsip Pengurusan Islami

~ Syura (Musyawarah)

~ Amal Jama’i (semangat dan kerja kolektif)

~ Kepimpinan dan Kepengikutan (al-qiyadah wa al-jundiyah)

BAB 7  PROSES PENGURUSAN ISLAMI

– Proses Pengurusan Islami: Perbincangan dari Sudut Nilai-Nilai

~ Niat

~ Perancangan

~ Pelaksanaan

~ Pengorganisasian

~ Pengarahan

~ Pengawalan

~ Penilaian

BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

– Pembangunan Sumber Daya Insani

– Ciri dan Potensi Keinsanan

BAB 9  PENGURUSAN STRATEGIK

– Pengurusan Strategik: Rujukan Khas Kepada Kes Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke  Madinah

BAB 10 KUALITI DAN KECEMERLANGAN

– Kualiti dan Kecemerlangan

BAB 11 TATAKELOLA YANG BAIK (GOOD GOVERNANCE)

– Tatakelola yang Baik

– Tatakelola yang Baik Berasakan Agama

BAB 12 PENGURUSAN ISLAMI: PILIHAN DAN HARAPAN MASA DEPAN

– Pengurusan Berteraskan Nilai-Nilai Keagamaan

19) Bagaimanakah proses untuk mendapatkan geran tersebut?

– Penyelidik perlu menghantar permohonan beserta proposal, kemudian Akademi akan menilai sama ada tajuk dan kandungan penyelidikan sesuai atau tidak. Jika bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak Akademi, penyelidik perlu membentangkan proposal di hadapan Panel Akademi (tarikh akan dibincangkan kemudian). Jika Panel bersetuju, maka, Akademi akan membuat surat lantikan dan penyelidik boleh membuat penyelidikan selepas menandatangi MoU serta menerima surat lantikan.

20) Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?

– Pembayaran akan dibuat melalui cek dan dinamakan atas Bendahari Universiti. Penyelidik akan claim perbelanjaan daripada universiti.

21) Dengan siapakah saya perlu berhubung?

– Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai Akademi daripada bahagian Program Membangun Pengurusan Islami, melalui emel Pn.Amalina di amalina_s@akademi.com.my atau Pn.Sharifah Hanani di s.hanani@akademi.com.my

22) Siapakah yang boleh menulis modul?

– Bagi penulisan modul, sesiapa sahaja yang berbakat dalam membangunkan modul dan berkemahiran dalam tajuk yang bakal ditulis boleh memohon.

23) Bagaimanakah bentuk proposal modul yang perlu ada dalam kertas kerja tersebut?

– Dalam penulisan proposal tersebut, Akademi memohon agar setiap proposal mempunyai perkara berikut:

 RINGKASAN PROPOSAL PEMBANGUNAN MODUL, AKADEMI PENGURUSAN YaPEIM

 – TAJUK

– ISI KANDUNGAN YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BUKU

– OBJEKTIF TAJUK TERSEBUT

– SASARAN PESERTA

– PENERANGAN BAGI SETIAP ISI KANDUNGAN @ BAB YANG AKAN DITULIS

– KAJIAN KES

– TEBAL MUKA SURAT BAGI SETIAP BAB

– RUJUKAN

– dan lain-lain yang dirasakan perlu.

24) Bagaimana dengan tajuk? Adakah kami boleh pilih apa-apa tajuk atau ada tajuk yang Akademi tetapkan?

– Akademi mempunyai tajuk-tajuk tertentu untuk membuat modul. Tajuknya adalah berasaskan Modul Pengurusan Tauhidik. Tajuk-tajuk cadangan Akademi adalah seperti berikut:-

BAB 1  ETOS KERJA ISLAM

BAB 2  KEPIMPINAN DAN KEPENGIKUTAN

BAB 3  SYURA

BAB 4  AMAL JAMAI’

Atau tajuk-tajuk lain yang bersesuaian.

25) Bagaimanakah proses untuk menjadi penulis?

– Penulis perlu menghantar permohonan beserta proposal, kemudian Akademi akan menilai sama ada tajuk dan kandungan penulisan sesuai atau tidak. Jika bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak Akademi, Akaemi akan mengeluarkan surat lantikan penulisan modul.

26) Berapa lamakah tempoh masa yang diberikan untuk membangun modul?

– Akademi Pengurusan YaPEIM memberi tempoh selama 6 bulan.

 27) Dengan siapakah saya perlu berhubung?

– Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai Akademi daripada bahagian Program Membangun Pengurusan Islami, melalui emel Pn. Liyana Farhana di liyana.farhana@gmail.com.

 

Top