YaPEIM » Program Serantau Ibadah Korban YaPEIM

Program Serantau Ibadah Korban YaPEIM

Latar Belakang

Bermula pada tahun 2007/1428H, YaPEIM (melalui Sekretariat Ar-Rahnu Serantau dengan kerjasama PENYERI YaPEIM) telah menganjurkan program Korban/Aqiqah di Cambodia atas permohonan/permintaan Cambodia Islamic Association (CIA).

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan, Program Ibadah Korban/Aqiqah 2008/1429H diteruskan penganjurannya oleh YaPEIM dengan kerjasama Sekretariat Ar-Rahnu Serantau serta diurusetiakan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) dilaksanakan secara tahunan mulai tahun 1429H/2008.

YaPEIM telah memperkenalkan Program Ibadah Korban dan Program ini telah diurusetiakan oleh Koperasi Ibadah Korban YaPEIM Berhad. Pelaksanaan program ini telah diperluaskan mulai tahun 2009 melibatkan negara anggota Sekretariat yang lain antaranya 2009: Indonesia (Acheh dan Padang), 2011: Filipina (Selatan Filipina); Malaysia (Perak) dan 2012: Vietnam (Ho Chi Minh); Thailand (Wilayah Pattani, Songkla dan Narathiwat).

Objektif

1. Memastikan penyertaan program ibadah korban/ Aqiqah YaPEIM yang diamanahkan oleh peserta program YaPEIM dilaksanakan dengan teratur dan memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

2. Merapatkan jurang ukhwah sesama penduduk minoriti Islam di negara serantau.

3. Melaksana dan mengagihkan daging korban secara terancang untuk manfaat yang optimum kepada masyarat Islam.

4. Menyampaikan sumbangan amal jariah di samping menziarahi perkampungan masyarakat Islam dan tempat-tempat bersejarah.

Komponen Program

1. Ibadah Korban / Aqiqah,
2. Sumbangan Amal Jariah (kenduri/ barangan keperluan), dan
3. Ziarah / Lawatan ke tempat / negara pelaksana Ibadah Korban dilaksanakan.

Negara-negara yang terlibat dalam Program Serantau Ibadah Korban YaPEIM 1434H :

1. Malaysia

2. Indonesia

3. Thailand

4. Cambodia

5. Vietnam

6. Timor Leste

Top