YaPEIM » Sempena Majlis Interaksi dan Amanat Tahun Baru

Sempena Majlis Interaksi dan Amanat Tahun Baru

amanat

 

23 januari 14

Terima kasih Pengerusi Majlis,

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين

والصلاة والسلام على سيّدنا محمد

وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه الى يوم الدين

  1. YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR HJ BAHAROM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
  2. Dato’  Hjh Zaleha Husin, Timbalan Presiden YaPEIM
  3. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM
  4. Sdr  Abibullah bin Samsudin (Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM)
  5. Anggota Panel dan Felo institusi di bawah YaPEIM
  6. Presiden Kelab PRIHATIN YaPEIM
  7. Pengerusi PENYERI YaPEIM
  8. Pengurusan  Tertinggi YaPEIM
  9. Warga Kerja Utama YaPEIM dari seluruh negara dan Saudara/I sekalian.

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Alhamdulillah syukur kerana majlis yang dirancang bersempena kedatangan awal tahun baru 2014 ini untuk mendengar Amanat daripada YB Dato’ Seri selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap perjalanan urusan Islam dan juga perjalanan institusi ini dapat di anjur dan akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Menteri kita pada pagi, InsyaAllah.

ALUAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

2. Bagi pihak Lembaga, Ketua Pengarah dan warga kerja YaPEIM, saya ingin mengambil peluang ini untuk:

Pertama: Mengucapkan selamat datang kepada YB Dato’ Seri, kerana sudi mengunjungi YaPEIM dan dapat pula berinteraksi dengan LPA, Pengurusan baru dan serta warga besar YaPEIM, seterusnya sudi pula memberi Amanat khusus kepada warga YaPEIM sempena tahun baru 2014 ini;

Kedua:    Izinkan saya mengambil peluang ini mewakili diri saya secara peribadi, Timbalan Presiden dan Anggota LPA, untuk menyampaikan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kepercayaan sangat tinggi yang diberikan oleh YB Dato’ Seri dan juga YAB Dato’ Sri Perdana Menteri, kepada  saya dan rakan-rakan LPA yang baru,  untuk bersama-sama dengan pengurusan dan warga kerja YaPEIM bagi  menyumbang apa yang termampu dalam kerangka mencapai visi dan merealisasikan misi institusi ini untuk membangun dan menangani persoalan yang dihadapi ummah.

3. Kesempatan ini juga saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan rakan-rakan Lembaga Pemegang Amanah (dan isteri-isteri yang sempat bersama), Ahli Panel, Felo, Pengurusan dan Warga kerja YaPEIM dari seluruh negara, bagi menjayakan Majlis yang sangat bermakna ini.

HUBUNGAN YaPEIM DENGAN PEMIMPIN NEGARA

4. Sesungguhnya kehadiran YB Dato’ Seri bagi menyempurnakan Majlis Interaksi dan Amanat pada pagi ini mempunyai significant yang tersendiri.

Pertama: Dari segi undang-undang, sememangnya kehadiran YB Dato’ Seri adalah juga sebagai mewakili YAB PM, yang secara jelas diperuntukkan kuasa-kuasa tertentu , yang sangat  besar dan mendasar berhubung dengan pentadbiran dan perjalanan YaPEIM.

Di antara kuasa tersebut termasuklah:

–       Urusan  Perlantikan dan pengguguran Presiden dan LPA;

–       Urusan Pinjaman perlu mendapat kelulusan YAB Perdana Menteri walaupun RM1;

–       Urusan Bajet dan Laporan Tahunan; serta

–       Urusan Pindaan Klausa Surat Ikatan.

Kedua: Lebih daripada hubungan atas dasar undang-undang,  kepimpinan dan warga YaPEIM sentiasa menganggap hubungan dengan YB Dato’ Seri adalah  sesuatu yang sangat istimewa.

Seperti juga YAB Perdana Menteri, YB sentiasa memberi perhatian terhadap perjalanan YaPEIM, malah YB sentiasa bersama YaPEIM untuk melihat institusi boleh melangkah gagah dalam membangun dan menyelasai persoalan yang dihadapi oleh ummah.

Atas semangat dan dorongan yang hebat serta hubungan yang istimewa inilah, yang telah memungkinkan YaPEIM dapat terus melangkah dan menjayakan program-program besar serta memberi manfaat besar kepada umat seperti Program Mikro Kredit Ar Rahnu, Program Kecemerlangan Komuniti seperti SANTUN dan Kelab MASA, dan juga Program Kebajikan Ummah seperti Skim Khairat Nasional dan Program Sinar Kasih.

5. Terima kasih YB Dato’ Seri di atas perhatian, sokongan dan tidak jemu-jemu bersama kepimpinan YaPEIM bagi meneroka samada dalam memberi alternatif dan inovasi baru terhadap program sedia ada  mahupun dalam usaha memperkenalkan program baru malah  penggunaan teknologi baru yang  boleh dilaksanakan oleh institusi ini.

6. Malah YaPEIM sentiasa menganggap keprihatinan YB Dato’ Seri terhadap YaPEIM selama ini memberi keistimewaan tersendiri dan melicinkan lagi perjalanan pengurusan program-program yang dilaksanakan oleh YaPEIM selama ini.

7. Saya sangat berharap keprihatinan YB Dato’ Seri terhadap perjalanan YaPEIM ini akan terus subur dan hubungan YaPEIM dan YB Dato’ Seri akan terus akrab,  demi kepentingan pembangunan sosioekonomi ummah pada masa depan.

8. Semoga Allah SWT terus memberi kekuatan kepada YB Dato’ Seri untuk terus beraksi dengan berkesan sebagai Menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap kemajuan dan pembangunan ummah serta usaha meningkatkan syiar Islam di negara tercinta ini. InsyaAllah saya dan warga YaPEIM seluruhnya akan sentiasa bersama YB Dato’ Seri dalam memenuhi tanggungjawab yang tidak bertepi ini, InsyaAllah.

9. Kepada warga YaPEIM, marilah kita menyusun dan merapatkan barisan, untuk kita mengatur langkah agar seiring dan sejalan, berpandukan Kesatuan Fikiran berasaskan Tasawur yang benar, Kesatuan tindakan yang berpanduan Syura dan Amal Jama’iy, bukan sahaja dalam konteks memaju dan menggerakkan YaPEIM, malah halatuju kita juga harus seiring dengan gerak dan  Aspirasi dan keperihatinan kepimpinan negara; agar akhirnya umat benar-benar dibangun dan disantuni dan  Agama kita terus kita terus terpelihara.

10. Akhirnya sekali lagi, saya bagi pihak warga YaPEIM, saya ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk  mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian YB Dato’ Seri untuk bersama dan seterusnya menyempurnakan Majlis pada pagi ini.

11. Terima kasih juga kepada semua yang berusaha keras menjadikan Majlis pada hari ini sebagai suatu realiti. Di doakan semoga Allah SWT membalasnya dengan sebaik- baik balasan, InsyaAllah.

12. YB Dato’ Seri, saya sudahi ucapan saya ini dengan lafaz Wabillahitaufiq Wal Hidayah Wassalamu’alaikum Wr Wbth.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Top