YaPEIM » YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM) MELAWAT KAUNTER AR RAHNU YaPEIM CAWANGAN SIBU

Terkini

YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM) MELAWAT KAUNTER AR RAHNU YaPEIM CAWANGAN SIBU

Sejak dilancarkan pada 2000, Ar Rahnu YaPEIM terus berkembang dengan menawarkan 203 buah cawangan rangkaian premis statik pajak gadai Islam dan 9 buah kaunter bergerak di seluruh negara.

Sibu – 03 September 2018 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), YB Puan Hajah Fuziah Salleh, mengadakan lawatan kerja ke premis Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Sibu, Sarawak hari ini.

Tujuan lawatan seumpama ini diadakan adalah bagi meninjau perkembangan pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM di bahagian ini. Turut hadir bagi menyambut kehadiran YB Timbalan Menteri adalah Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi dan Komunikasi Korporat, Tuan Haji Mohammad Zamri Zakaria dan Ketua Bahagian Operasi Ar Rahnu YaPEIM, En. Mohd Rizuan b. Mahadi.

Ar Rahnu cawangan Sibu merupakan sebuah cawangan pajak gadai Islam berstatus ‘feeder’, ianya terletak di kawasan luar bandar yang dihuni oleh puluh ribu penduduk. Lokaliti ini ditawarkan kepada mereka yang tinggal di kepulauan besar di sepanjang muara Sungai Rejang.

Ketika dihubungi, YB Timbalan Menteri menyatakan keyakinan beliau terhadap potensi besar Arrahnu YaPEIM berkembang dengan lebih maju di masa akan datang berdasarkan kepada perkembangan semasa dan sambutan yang amat memberansangkan.

© Bahagian Komunikasi Korporat | Ahmad Rizwan Abdullah

 

Top

Comments are closed.

Top