YaPEIM » YaPEIM TURUT SAMA SEMARAKAN RAMADHAN

Blog

YaPEIM TURUT SAMA SEMARAKAN RAMADHAN

Selain YaPEIM, Yayasan Taqwa, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) & Jawhar dan Yayasan Waqaf turut menyerahkan sumbangan kepada golongan miskin, asnaf, ibu tunggal dan lain2.

KUANTAN 11 Mei – Penglibatan aktif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di dalam aktiviti berpaksikan kebajikan di dalam Kembara Rahmah Semarak Ramadan, menjadi landasan penting menyantuni rakyat di peringkat akar umbi yang serba memerlukan.

Dalam program berlangsung di Surau Al-Mukmin Perumahan Rakyat, Kampung Pak Mahat, Kuantan Pahang di sini, sebanyak 100 pek barangan keperluan harian antaranya beras, minyak, gula telah disumbangkan oleh YaPEIM kepada golongan ibu tunggal dalam majlis penuh meriah serta bermakna. Ini adalah di amtara aktiviti Inspirasi Tamadhan YaPEIM 2019 di sepanjang bulan Ramadhan

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Hajjah Fuziah Salleh yang menyifatkan inisiatif diambil YaPEIM mampu menyemarakkan lagi Ramadhan seterusnya membantu golongan yang memerlukan.

Top

Comments are closed.

Top