YaPEIM » YaPEIM Terus Pergiat Usaha Kebajikan

Blog

YaPEIM Terus Pergiat Usaha Kebajikan

YaPEIM tampil agresif meluaskan program Foodbank 1.0 berbentuk Ready To Eat (RTE) kepada 200 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam kalangan anak-anak keluarga B40.

KUALA LUMPUR 6 Nov 19 – Pelbagai usaha dibuat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam mempergiat aktiviti kebajikan meliputi golongan sasar yang memerlukan.

Selain menyediakan bantuan dana untuk tujuan pendidikan mahupun sosioekonomi, YaPEIM juga tampil agresif meluaskan program Foodbank 1.0 berbentuk Ready To Eat (RTE) kepada 200 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam kalangan anak-anak keluarga B40.

Bantuan disampaikan wakil Pengurusan Kanan YaPEIM kepada 50 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), selain pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Profesional Baitulmal (KPB) dan Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS) telah mendapat pek makanan masing-masing.

Agihan pek makanan RTE sempena Pelancaran Dana Inspirasiku yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Azman Hashim, UTM merupakan bukti komitmen YaPEIM menyebar luas inisiatif kebajikan dan amal jariah tanpa kekangan.

Top

Comments are closed.

Top