YaPEIM » YaPEIM Terokai Ruang Kerjasama Bersama Zayyan FM dan Astro Radio

Blog

YaPEIM Terokai Ruang Kerjasama Bersama Zayyan FM dan Astro Radio

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan ke Rangkaian Astro Radio, Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR, 10 Okt 19 – YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan ke Rangkaian Astro Radio, Bukit Jalil.

Kunjungan diketuai oleh Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM bersama pengurusan utama serta pegawai YaPEIM telah disambut baik oleh En Wan Syahrul Amry Wan Mansor, Pengurus Radio Zayan fm.

Pihak YaPEIM diberi penerangan khusus sambil dibawa melawat ke konti serta bertemu dengan para penyampai radio dan selebriti dibawah rangkaian Astro Radio.

Antara objektif kunjungan ini adalah meneroka ruang dan peluang kerjasama dari segi hebahan dan pemasaran bagi aktiviti, program serta produk yang dilaksanakn oleh YaPEIM.

Semoga dengan adanya kunjungan hormat ini sedikit sebanyak dapat membuka ruang kerjasama bagi kedua- dua pihak demi kemaslahatan Ummah dan masyarakat. InsyaAllah.


Top

Comments are closed.

Top