YaPEIM » YaPEIM Sertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M

Blog

YaPEIM Sertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

9 Nov 2019, Kuala Lumpur – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

YaPEM telah menghantar kontinjen sejumlah 30 orang peserta lelaki bagi menyertai perarakan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah.

Turut hadir ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Top

Comments are closed.

Top