YaPEIM » YaPEIM Serah Sumbangan Program Sinar Kasih Kepada Waris Tujuh Beradik Yatim Piatu.

Blog

YaPEIM Serah Sumbangan Program Sinar Kasih Kepada Waris Tujuh Beradik Yatim Piatu.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyerahkan sumbangan sebanyak RM16,800 kepada waris 7 beradik yatim piatu bagi Program Sinar Kasih.

DUNGUN, 19 Oktober 19 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyerahkan sumbangan sebanyak RM16,800 kepada waris 7 beradik yatim piatu bagi Program Sinar Kasih.

Sumbangan diserahkan oleh YBhg. Puan Rohana Kamarudin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM. Turut hadir sama Puan Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM dan Pengurusan Utama serta Pegawai Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Terengganu.

Seperti sedia maklum, tujuh beradik yatim piatu sekelip mata apabila bapa, Kamal Hisham Mustaffa Mohamad dan ibu, Norhapisah Idris mereka maut dalam kemalangan di Jalan Felda Kerteh 2/3, Dungun.

Pasangan itu meninggalkan 7 orang anak iaitu Muhammad Danial Abdullah,12, Muhammad Danish Irfan,11, Muhammad Darwish Iqbal,9, Muhammad Bhiyaudin Aiman,8, Muhammad Baaim Amin,6, Dayyinah Athirah,3 dan Muhammad Dhiya Arsyah,2.

Program Sinar Kasih bertujuan menyantuni anak anak yang kehilangan ketua keluarga secara tiba-tiba khususnya yang mengalami kemalangan dan musibah seperti kemalangan, kebakaran, mati lemas dan bencana alam

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada keluarga.

Top

Comments are closed.

Top