YaPEIM » YaPEIM Serah Sumbangan Program Sinar Kasih Bagi Negeri Johor Sebanyak RM50,400

Blog

YaPEIM Serah Sumbangan Program Sinar Kasih Bagi Negeri Johor Sebanyak RM50,400

Penerima sumbangan terdiri daripada keluarga yang telah kematian ketua keluarga akibat dari kemalangan, kebakaran, mati lemas dan bencana alam.

LARKIN, 5 Ogos – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM) menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,400 kepada 5 keluarga bagi Program Sinar Kasih.

Penerima sumbangan terdiri daripada keluarga yang telah kematian ketua keluarga akibat dari kemalangan, kebakaran, mati lemas dan bencana alam.

Sumbangan diserahkan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM bersempena dengan Majlis Pelancaran Produk Baru Ar Rahnu YaPEIM Peringkat Negeri Johor di perkarangan Cawangan Ar rahnu YaPEIM Larkin, Johor.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kepada keluarga.

Terima Kasih kepada para penyumbang Skim Potongan Gaji (SPG) YaPEIM yang telah memberi sumbang bagi menjayakan Program Sinar Kasih ini.


Top

Comments are closed.

Top