YaPEIM » YaPEIM SERAH BANTUAN MASYARAKAT

Terkini

YaPEIM SERAH BANTUAN MASYARAKAT

Semoga dengan bantuan masyarakat ini dapat meringankan beban kepada Nor Fazaini sekeluarga.

WANGSA MAJU – 28 Jun 2018, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM) hari ini menyerahkan bantuan masyarakat kepada keluarga En. Nor Fazaini Anorbek, 46 tahun.

Hadir menyerahkan sumbangan ialah Tn Hj Mohammad Zamri Zakaria, Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi dan Komunikasi Korporat YaPEIM mewakili Ketua Pengarah YaPEIM.

Bantuan sebanyak RM5,000 diserahkan bagi meringankan kehidupan Nor Fazaini sekeluarga dan menyara persekolahan 3 orang anaknya.

Nor Fazaini merupakan orang kurang upaya (OKU) menghidap penyakit kanser tulang dan tidak dapat mendengar dengan sempurna.

Beliau yang tidak bekerja dan baru kematian isteri akibat kanser paru-paru perlu menyara 3 orang anaknya yang masih bersekolah dan sekarang tinggal bersama keluarga mertuanya.

Top

Comments are closed.

Top