YaPEIM » YaPEIM SEDIA BANTU PERKUKUH GRADUAN

Blog

YaPEIM SEDIA BANTU PERKUKUH GRADUAN

“Potensi kerjaya dalam bidang ini sangat meluas memandangkan perkhidmatan sama disediakan bank komersial seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Islam dan lain lain.

KUALA TERENGGANU 30 APRIL 2019 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) komited membantu perkukuhkan modal insan di bidang kemahiran melalui kursus jangka pendek kepada graduan yang berminat.

Ketua Pengarah, Datuk Abibullah Haji Samsudin berkata, YaPEIM kini di fasa akhir perbincangan bersama Pusat Pengajian Pembangunan Sosial & Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), bagi memuktamadkan penawaran Skim Latihan Lepasan Siswazah kepada pelajar tahun akhir fakulti itu.

Beliau berkata, cadangan modul kursus jangka pendek selama 6 bulan yang meliputi sesi teori 3 bulan disusuli amali bersama Ar-Rahnu YaPEIM bakal ditawar pada peringkat sijil semasa Latihan Industri bagi melayakan setiap pelajar menceburi bidang kemahiran yang berkaitan.

“Peluang mengikuti kursus secara langsung di lapangan mampu mempersiapkan pelajar dengan ilmu kemahiran diperlukan terutamanya di dalam perkhidmatan mikro kredit Ar-Rahnu YaPEIM di beberapa cawangan yang terpilih.

“Kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri ini tepati keperluan Revolusi Industri 4.0 membolehkan UMT mempersiapkan para graduannya dengan pengetahuan berkenaan tahap kualiti ketulenan emas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah sempena Program Industri UMT bersama Professor Adjung di Dewan Syed Jalaluddin UMT Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (POSESO), UMT, Dr Zikri Muhammad.

Dianggarkan lebih 200 pelajar turut sama dalam sesi kuliah tersebut sebagai persediaan mereka menceburi bidang kerjaya setelah menamatkan pengajian kelak.

Dalam sesi soal jawab kemudiannya, para pelajar menunjuk minat mendalam berkenaan cadangan penawaran Skim Latihan Lepasan Siswazah hasil kerjasama YaPEIM dengan UMT yang disifatkan berpotensi bagi memenuhi keperluan aspektasi pihak industri.

Top

Comments are closed.

Top