YaPEIM » YaPEIM Santuni 40 pelajar di 2 buah sekolah

Blog

YaPEIM Santuni 40 pelajar di 2 buah sekolah

Kalangan pelajar yang dibantu YaPEIM sempena Program Inspirasi Ramadan ini tergolong dalam kelompok rakyat yang serba memerlukan dan kali pertama merasainya.

SETIU 8 Mei – PADA hari Selasa, seramai 40 orang pelajar di dua buah sekolah di Daerah SETIU turut dipilih menerima sumbangan Program Inspirasi Ramadan YaPEIM Tahun 2019/1440H, menjadi kan keseluruhannya 100 pelajar telah dibantu.

Lokasi pertama serahan amal jariah kali ini ialah Sekolah Kebangsaan Saujana, Setiu menyaksikan seramai 20 orang pelajar kurang berkemampuan menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang, diserahkan oleh wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN), Yusridin Md Noor.

Turut hadir, Guru Besar, Puan Rohani yang meraikan kehadiran delegasi YaPEIM ke sekolah tersebut sambil menzahirkan jutaan terima kasih di atas jasa Dan keprihatinan YaPEIM terhadap kebajikan pelajarnya.

Sementara itu, di SK Bintang, Setiu seramai 20 pelajar turut menerima sumbangan tunai dengan jumlah yang sama disampaikan oleh wakil PPYN Terengganu Dan ditemani Guru Besar SK Bintang Zanariah Jaafar.

Top

Comments are closed.

Top