YaPEIM » YaPEIM Santuni 200 Penerima Food Bank YaPEIM 1.0 di Daerah Dungun, Terengganu.

Blog

YaPEIM Santuni 200 Penerima Food Bank YaPEIM 1.0 di Daerah Dungun, Terengganu.

Sejumlah 200 penerima dari Daerah Dungun hari ini menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 1.0 barangan keperluan asas berbentuk “dry food” seperti minyak, beras, tepung dan gula.

DUNGUN, 19 Okt 19 – Sejumlah 200 penerima dari Daerah Dungun hari ini menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 1.0 barangan keperluan asas berbentuk “dry food” seperti minyak, beras, tepung dan gula.

Penerima yang terdiri dari kelompok B40 ini telah dikenalpasti dengan penglibatan dari 4 buah DUN iaitu Paka, Sura, Bukit Besi dan Rantau Abang.

Majlis telah disempurnakan oleh Pn Rohana Kamarudin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM. Turut hadir bersama, Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM.

Untuk makluman, sejumlah RM4 juta peruntukkan diagihkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam tempoh setahun melalui pelaksanaan Program FoodBank YaPEIM 1.0 untuk membantu golongan sasar rakyat dalam kelompok B40 itu dijangka bakal memberikan manfaat kepada 110,600 orang penerima di seluruh negara.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan kepada penerima. Pihak YaPEIM mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan ke Tabung Amanah YaPEIM.

Top

Comments are closed.

Top