YaPEIM » YaPEIM Santuni 130 pelajar sekolah sekitar Tampin

Terkini

YaPEIM Santuni 130 pelajar sekolah sekitar Tampin

Kalangan pelajar terpilih menerima bantuan YaPEIM sempena Program Inspirasi Ramadan ini tergolong dalam kelompok rakyat yang serba memerlukan dan kali pertama menerimnya.

TAMPIN 13 Mei – Tanggal 8 Ramadan 1440H menyaksikan seramai 130 orang pelajar dari empat buah sekolah di Daerah Tampin turut dipilih menerima sumbangan tunai melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM Tahun 2019/1440H.

Lokasi pertama serahan amal jariah kali ini ialah SMK Dato Mohd Taha, Gemenceh, menyaksikan seramai 35 orang pelajar kurang berkemampuan menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang, diserahkan oleh wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN), Azharry Giman.

Turut hadir, Guru Besar, Zainal Sabu yang turut meraikan kehadiran delegasi YaPEIM ke sekolah tersebut sambil menzahirkan jutaan terima kasih di atas jasa dan keprihatinan YaPEIM terhadap kebajikan pelajarnya.

Sementara itu, di SK Dr Sulaiman; SK Dato Abdullah & SMA Repah pula, seramai 95 pelajar turut menerima bantuan tunai dengan jumlah yang sama disampaikan oleh wakil PPYN Negeri Sembilan.

Top

Comments are closed.

Top