YaPEIM » YaPEIM raikan 60 pelajar di Daerah Setiu

Blog

YaPEIM raikan 60 pelajar di Daerah Setiu

Untuk rekod, sejumlah RM7,200 diperuntukkan YaPEIM untuk disumbangkan kepada kalangan pelajar sempena Program Inspirasi Ramadan di Daerah SETIU tergolong dalam kelompok rakyat serba memerlukan dan kali pertama merasainya.

SETIU 7 Mei – SERAMAI 60 pelajar dari tiga buah sekolah di Daerah Setiu, terpilih untuk menerima sumbangan dalam Program Inspirasi Ramadan YaPEIM Tahun 2019/1440H.

Lokasi pertama serahan amal jariah hasil kutipan Tabung Skim Potongan Gaji (SPG) YaPEIM ini di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim menyaksikan 20 pelajar menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang, disampai oleh wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri, Ainol Muhafa Sheikh Mohamad.

Hadir sama Guru Besar, Adan Che Muda yang tak lepaskan kesempatan meraikan delegasi YaPEIM yang julung kali berkunjung ke sekolah itu sambil menzahirkan rasa terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan agensi itu terhadap kebajikan pelajar yang memerlukan.

Selain itu, lokasi berikutnya di Sekolah Menengah Penarek, Setiu menyaksikan 20 pelajar menerima sumbangan tunai disampaikan oleh wakil PPYN Terengganu sambil ditemani Guru Besar sekolah, Nordin Bahari.

Destinasi terakhir, di SMK Sungai Tong yang turut menyaksikan 20 orang pelajar miskin, anak yatim Dan kurang mampu menerima sumbangan tunai dengan jumlah amaun sama, sambil disaksikan Guru Besar sekolah, Saifulddin Mahmood.

Top

Comments are closed.

Top