YaPEIM » YaPEIM Peruntuk RM221,524 Jayakan Program Inspirasi SR dan SPM Peringkat Negeri Johor

Blog

YaPEIM Peruntuk RM221,524 Jayakan Program Inspirasi SR dan SPM Peringkat Negeri Johor

Bagi Program Inspirasi YaPEIM SR dan SPM peringkat Negeri Johor, melibatkan sebanyak 11 buah Pejabat Pentadbiran Daerah(PPD) yang akan membantu lebih kurang kira-kira 440 pelajar sekolah rendah dan 440 pelajar sekolah menengah.

LARKIN, 5 Ogos – Peruntukkan berjumlah RM221,524 disalurkan oleh YaPEIM melalui Program Inspirasi YaPEIM Sekolah Rendah (SR) dan juga Inspirasi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dalam membantu meningkatkan lagi prestasi pelajar yang kurang memuaskan.

Bagi Program Inspirasi YaPEIM SR dan SPM peringkat Negeri Johor, melibatkan sebanyak 11 buah Pejabat Pentadbiran Daerah(PPD) yang akan membantu lebih kurang kira-kira 440 pelajar sekolah rendah dan 440 pelajar sekolah menengah.

Serahan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) Johor, Tn Hj Zulkapli Ayub, Pen. Pengarah Sektor Akademik sempena Majlis Pelancaran Produk Baru Ar Rahnu YaPEIM peringkat Negeri Johor.

Tn Hj Zulkapli berkata “Kami sangat berbesar hati dan berterima kasih atas sumbangan yang disalurkan oleh YaPEIM ini dan dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian akademik kepada pelajar”.

Top

Comments are closed.

Top