YaPEIM » YaPEIM Lawati Timbalan Perdana Menteri di Parlimen

Blog

YaPEIM Lawati Timbalan Perdana Menteri di Parlimen

Sesi kunjungan hormat delegasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Yab Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen, berlangsung dalam suasana penuh kondusif.

KUALA LUMPUR 14 Okt 19 – Sesi kunjungan hormat delegasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Yab Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Parlimen, berlangsung dalam suasana penuh kondusif.

Lawatan delegasi hari ini diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ditemani barisan Ahli LPA dan Pengurusan Kanan YaPEIM termasuklah Pemangku Ketua Pengarahnya, Parihah Hasan meluangkan masa lebih 30 minit untuk berbincang mengenai beberapa perkara termasuk mempelawa YB TPM melancarkan skim baharu diperkenalkan YaPEIM, Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku).

Persetujuan dicapai YAB TPM akan menyempurnakan majlis Pelancaran Dana Inspirasi Malaysia- InspirasiKu dalam masa terdekat. Selain bersetuju untuk melancarkan secara rasmi Dana Inspirasiku, Dr. Wan Azizah turut memuji inisiatif diambil oleh YaPEIM dalam membantu kelompok sasar rakyat iaitu golongan B40 di peringkat akar umbi, seterusnya meringankan beban mereka.

Dana Inspirasiku diperkenalkan hujung bulan lalu adalah Skim Bantuan Tunai Bagi Memulakan Sesi Persekolahan dan Persediaan Kemasukan ke IPT dengan sasaran dana terkumpul berjumlah RM40 juta untuk dimanfaatkan oleh 40,000 pelajar yang memerlukan terdiri daripada kalangan asnaf dan anak-anak keluarga B40 di seluruh negara.

Top

Comments are closed.

Top