YaPEIM » YaPEIM KOMITED PERKUKUHKAN SINERGI POSITIF BERSAMA MEDIA

Terkini

YaPEIM KOMITED PERKUKUHKAN SINERGI POSITIF BERSAMA MEDIA

Majlis santai itu berlangsung meriah apabila hampir 150 pengamal media tempatan dari pelbagai jenis platform termasuk media cetak, portal online serta media elektronik turut hadir.

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kerjasama interaktif antara agensi media dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), akan terus diperkukuh mencakupi pelbagai aspek demi manfaat bersama.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata, komitmen tersebut menjadi faktor utama Majlis Apresiasi Media 2019 dianjurkan sebagai menzahirkan tanda penghargaan kepada kerjasama signifikan media selama ini.

Beliau berkata, sinergi positif terjalin di antara kedua-dua pihak akan sentiasa diperkukuh, seterusnya akan dijadikan pemacu penting pencapaian YaPEIM dalam tiga komponan teras, Bisnes; Sosial Bisnes dan Amal Jariah.

“Peranan media sebagai penghubung antara YaPEIM dan masyarakat dilihat memberi hasil positif serta signifikan dalam setiap aspek perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

“Justeru, YaPEIM ingin zahirkan terima kasih kepada media sama ada media cetak atau elektronik, malah peranan sumbangan media alaf baru seperti portal juga sentiasa dihargai,” katanya berucap dalam Majlis Apresiasi Media 2019 di Restoran Terapung D’Saji.

Sejumlah hampir RM20,000 dibelanja oleh YaPEIM bagi meraikan majlis ini dengan warga media dihidang menu menarik selain dihibur persembahan artis dan cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa Gold Bar YaPEIM seberat 5 gram.

Top

Comments are closed.

Top