YaPEIM » YaPEIM Komited Bantu Rakyat Kelompok B40

Blog

YaPEIM Komited Bantu Rakyat Kelompok B40

SERAMAI 117 warga penduduk di Kampung Padang, Taman Impian di sini terpilih menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 1.0 sempena Program Ziarah Kasih Rahmah ’19 Peringkat Zon Timur, Kuantan.

KUANTAN 8 Sept 19 – SERAMAI 117 warga penduduk di Kampung Padang, Taman Impian di sini terpilih menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 1.0 sempena Program Ziarah Kasih Rahmah ’19 Peringkat Zon Timur, Kuantan.

Para penerima bantuan terdiri daripada penduduk dalam kalangan B40 itu telah menerima bantuan barangan keperluan harian berupa beras, tepung, gula, minyak masak dan biskut.

Inisiatif diambil merupakan sebahagian daripada usaha dilakukan bagi membantu golongan sasar rakyat yang serba memerlukan melalui Program Food Bank YaPEIM 1.0 dengan kerjasama penuh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Secara keseluruhan, bantuan yang disalur melalui Program Food Bank YaPEIM 1.0 itu memberikan manfaat kepada 600 orang penerima sumbangan terdiri daripada golongan Asnaf, Fakir Miskin, ibu bapa tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Program diadakan pada 7 dan 8 September 2019 di Masjid Al Mukminin Taman Impian dan Masjid Kampung Panching serta Padang Awam Sungai Lembing berlangsung dalam suasana harmoni.

Top

Comments are closed.

Top