YaPEIM » YaPEIM JOHOR SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-61, 2018 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU.

Terkini

YaPEIM JOHOR SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-61, 2018 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU.

Kontinjen YaPEIM Negeri Johor adalah seramai 31 orang dan telah diketuai oleh Encik Tajul Ariffin Harun.

YaPEIM Negeri Johor telah dijemput menyertai Majlis Perhimpunan dan Perbarisan Hari Kebangsaan Ke 61 Tahun 2018 Peringkat Daerah Johor Bahru, Johor , pada 31 Ogos 2018 berlangsung di Kompleks Sukan Educity, Nusajaya, Johor.

Perbarisan pada tahun ini telah di sertai oleh pelbagai jabatan, agensi kerajaan, swasta dan NGO. Sambutan Hari Kebangsaan Ke 61 ini telah dirasmikan oleh wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, YB Haji Dzulkefly Ahmad .

Jemputan penyertaan Ini juga salah satu platform dalam memperkenal YaPEIM ke seluruh Daerah Johor Bahru, ibu negeri bagi Johor Darul Ta’zim, sekaligus jemputan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan dan fungsi YaPEIM dalam meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat Johor Darul Ta’zim.

 

Top

Comments are closed.

Top