YaPEIM » YaPEIM imarahkan Ramadhan dengan membantu pelajar

Blog

YaPEIM imarahkan Ramadhan dengan membantu pelajar

Kalangan pelajar terpilih menerima bantuan YaPEIM sempena Program Inspirasi Ramadan itu tergolong dalam kelompok rakyat B40 yang serba memerlukan dan kali pertama merasainya.

PORT DICKSON 13 Mei – SERAMAI 60 pelajar dari dua sekolah di Daerah Port Dickson, terpilih menerima sumbangan dalam Program Inspirasi Ramadan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Tahun 2019/1440 Hijrah.

Lokasi pertama serahan bantuan amal jariah ini ialah SK Pasir Panjang di mana seramai 30 pelajar kurang berkemampuan dan anak yatim itu, telah menerima bantuan tunai RM120 setiap seorang yang disampaikan oleh wakil Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN), Zuraidah Mahat.

Turut hadir, Guru Besar, Md Izuddin Mohd Shah yang meraikan kehadiran kali pertama delegasi YaPEIM ke sekolah tersebut sambil zahirkan penghargaan terima kasih di atas sumbangan yang disalurkan.

Sementara itu, di SK Panglima Adnan, Daerah Port Dickson seramai 30 pelajar turut menerima sumbangan tunai dengan jumlah yang sama disampaikan wakil PPYN Negeri Sembilan yang turut ditemani Guru Besar sekolah, Helmi Abdul Hamid.

Top

Comments are closed.

Top