YaPEIM » YaPEIM Gembleng Usahasama, Perluas Amal Jariah

Blog

YaPEIM Gembleng Usahasama, Perluas Amal Jariah

Penganjuran Program Coffee Talk bertemakan Inspirasi YaPEIM ‘Naratif Minda Berkebajikan Di YaPEIM Baharu’ menjadi landasan interaktif berkongsi pengalaman serta kepakaran dimiliki dalam mengendalikan aktiviti amal jariah dan kebajikan.

PUTRAJAYA 20 Ogos – Penganjuran Program Coffee Talk bertemakan Inspirasi YaPEIM ‘Naratif Minda Berkebajikan Di YaPEIM Baharu’ menjadi landasan interaktif berkongsi pengalaman serta kepakaran dimiliki dalam mengendalikan aktiviti amal jariah dan kebajikan.

Langkah proaktif itu ternyata mendapat perhatian pelbagai pihak apabila hampir 50 wakil daripada Institusi Kewangan, Perbankan, Syarikat Korporat dan Pengurus Dana tidak lepaskan peluang hadir mendapatkan input mengenai YaPEIM disamping mengenalpasti saluran amal jariah disediakan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA), YaPEIM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar menyifatkan sesi Coffee Talk pertama kali diadakan itu telah menghasilkan impak positif apabila menyediakan ruang bagi YaPEIM memperkenalkan skim amal jariah yang dikendalikan dan meneroka potensi baharu bersama pihak yang berminat.

Selain menjadi medan berkongsi maklumat, sesi selama lebih satu jam itu turut membuka peluang bagi YaPEIM meneroka potensi baharu termasuk memanfaatkan Dana Wang Tidak Patuh Syariah (DWTPS) yang masih terbuka luas untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Inisiatif diambil juga merupakan langkah proaktif YaPEIM dalam menggembleng usahasama bagi mempelbagaikan sumber dana amal jariah yang dikumpul seterusnya merintis laluan merealisasi sasaran dana terkumpul lebih RM50 juta setahun.

Top

Comments are closed.

Top