YaPEIM » YaPEIM Fokus Bantu B40 Melalui Food Bank 1.0

Blog

YaPEIM Fokus Bantu B40 Melalui Food Bank 1.0

Sejumlah 204 orang warga penduduk Kampung Panching, Sungai Lembing di sini terpilih menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 1.0 bersempena Program Ziarah Kasih Rahmah ’19 Peringkat Zon Timur, Kuantan.

KUANTAN 8 Sept 10 – Sejumlah 204 orang warga penduduk Kampung Panching, Sungai Lembing di sini terpilih menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 1.0 bersempena Program Ziarah Kasih Rahmah ’19 Peringkat Zon Timur, Kuantan.

Para penerima bantuan terdiri daripada penduduk dalam kalangan B40 itu telah menerima bantuan barangan keperluan harian berupa beras, tepung, gula, minyak masak dan biskut.

Inisiatif diambil merupakan sebahagian daripada usaha dilakukan bagi membantu golongan sasar rakyat yang serba memerlukan melalui Program Food Bank YaPEIM 1.0 dengan kerjasama penuh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Secara keseluruhan, bantuan yang disalur melalui Program Food Bank YaPEIM 1.0 itu memberikan manfaat kepada 600 orang penerima sumbangan terdiri daripada golongan Asnaf, Fakir Miskin, ibu bapa tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Program diadakan pada 7 dan 8 September 2019 di Masjid Al Mukminin Taman Impian dan Masjid Kampung Panching serta Padang Awam Sungai Lembing berlangsung dalam suasana harmoni.

Rata-rata penerima termasuklah 10 orang warga masyarakat India turut menzahirkan terima kasih dan terharu atas inisiatif dilakukan YaPEIM yang disifat mampu membantu mengurangkan beban ditangung golongan B40 akibat dari peningkatan kos sara hidup.

Top

Comments are closed.

Top