YaPEIM » YaPEIM bantu ‘sejahterakan’ pelajar

Blog

YaPEIM bantu ‘sejahterakan’ pelajar

Kesemua penerima terdiri daripada anak yatim, asnaf dan fakir miskin mendapat RM120 setiap seorang sebagai persiapan menyambut Aidilfitri sambil mengimarah Ramadan 1440H tahun ini.

PONTIAN 20 Mei – SERAMAI 420 pelajar sekolah rendah dan menengah di beberapa daerah sekitar Johor Bahru bukan sekadar diraikan dalam Iftar Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019, yang diadakan malah turut menerima bantuan bermakna.

Majlis penyerahan sumbangan dan pelancaran rasmi program disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Pekarangan Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Pontian.

Sejumlah RM50,400 diperuntukkan oleh YaPEIM pada program hari ini yang disertai 420 pelajar selain wakil agensi JPN. Sejumlah RM120,000 disalur melalui Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019 Peringkat Johor.

Untuk keseluruhan program ini, sejumlah RM2. 5 juta diagih kepada 14, 000 penerima di seluruh negara.

Top

Comments are closed.

Top