YaPEIM » YaPEIM bantu pelajar Yatim/Miskin di Perak

Blog

YaPEIM bantu pelajar Yatim/Miskin di Perak

Berpandukan statistik perancangan Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun ini mensasarkan sebanyak 14,000 penerima bantuan tunai RM120 seorang di 14 lokasi seluruh Negara.

SEJUMLAH RM4,800 disumbangkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk diagihkan kepada 40 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di Perak, setakat ini.

Kalangan pelajar terdiri daripada anak miskin, yatim dan asnaf itu menerima bantuan tunai sebanyak RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H, di Perak.

Berdasarkan agihan sumbangan kali ini disalurkan kepada 5 pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) st. Bernadette’s Convent,Batu Gajah yang turut disaksikan oleh Pengetuanya, Puan Saliza Bt Said.

Seterusnya, penerima lain turut mendapat bantuan amal jariah YaPEIM ialah 5 pelajar SK Sultan Yussuf yang diserikan lagi kehadiran PK Hem, En Mohd Zaki Bin Rejab; 10 pelajar SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, yang juga disaksikan oleh Pengetua, En Ahmad Bin Mahmud; 10 pelajar SK Toh Indera Wangsan Ahmad yg dihadiri Pengetua, Pn Salmah Binti Ismail dan 10 pelajar SK Siputih yang disaksikan oleh wakil Pengetua, Pn Erni Suzana Binti Mahyudin, Penolong Kanan Pentadbiran.

Sebanyak RM2.5 juta dana diperuntukkan bagi menjayakan program sumbangan kebajikan ini yang dimulakan sejak 2016 lagi.

Top

Comments are closed.

Top