YaPEIM » YaPEIM bantu pelajar Yatim/Miskin di Pahang

Blog

YaPEIM bantu pelajar Yatim/Miskin di Pahang

Berpandukan statistik perancangan Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun ini mensasarkan sebanyak 14,000 penerima bantuan tunai RM120 seorang di 14 lokasi seluruh Negara.

SEJUMLAH RM9,600 disumbangkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk diagihkan kepada 80 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di Pahang, setakat ini.

Kalangan pelajar terdiri daripada anak miskin, yatim dan asnaf itu menerima bantuan tunai sebanyak RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H, di Pahang.

Berdasarkan agihan sumbangan kali ini disalurkan kepada 20 pelajar di SK Tanjong Perang yang turut disaksikan oleh Pengetuanya, En Mohd Azahar bin Abu Samah.

Seterusnya, penerima lain turut mendapat bantuan amal jariah YaPEIM ialah 20 pelajar SK Jengka Batu 13 yang diserikan lagi kehadiran GPK Hem,Pn Norhayati Binti Tahir; 20 pelajar SK Sentosa, yang juga disaksikan oleh Pengetuanya, En Ibrahim bin Mohd Radzi dan 20 pelajar SK Senggora yang dihadiri Pengetuanya, Pn Rokiah Binti Abdul Rahman.

Sebanyak RM2.5 juta dana diperuntukkan bagi menjayakan program sumbangan kebajikan ini yang dimulakan sejak 2016 lagi.

Top

Comments are closed.

Top