YaPEIM » YaPEIM bantu 90 pelajar dari 4 sekolah di Johor

Terkini

YaPEIM bantu 90 pelajar dari 4 sekolah di Johor

SEJUMLAH RM10,800 disumbangkan oleh YaPEIM untuk diagihkan kepada 90 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di Johor, setakat ini.

Kalangan pelajar terdiri daripada anak miskin, yatim dan asnaf itu menerima bantuan tunai sebanyak RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H, di Kota Tinggi.

Berdasarkan agihan sumbangan kali ini disalurkan kepada 20 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi yang turut disaksikan oleh Pengetuanya, Affendi Ngadiman.

Sementara itu, SMK Seri Aman, Kota Tinggi pula, 20 pelajar menerima sumbangan tunai diserahkan oleh Pegawai YaPEIM Negeri, Mohammed Zaiful Yacob dan Mohd. Nabil Mustakim sambil disaksikan sendiri, Pengetua, Ahmad Bahri Mardi.

Seterusnya, penerima lain turut mendapat bantuan amal jariah YaPEIM ialah 20 pelajar SMK Tan Sri Jaafar Albar yang diserikan lagi kehadiran Pengetua, Zolkifli Alib; dan 30 pelajar SMK Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, yang juga disaksikan oleh Pengetua, Anim Mohd. Jaib.

Berpandukan statistik perancangan Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun ini mensasarkan sebanyak 14,000 penerima bantuan tunai RM120 seorang di 14 lokasi seluruh Negara. Sebanyak RM2.5 juta dana diperuntukkan bagi menjayakan program sumbangan kebajikan ini yang dimulakan sejak 2016 lagi.

Top

Comments are closed.

Top