YaPEIM » YaPEIM bantu 40 pelajar dari 4 sekolah di Sabah

Blog

YaPEIM bantu 40 pelajar dari 4 sekolah di Sabah

Sebanyak RM2.5 juta dana diperuntukkan bagi menjayakan program sumbangan kebajikan ini yang dimulakan sejak 2016 lagi.

SEJUMLAH RM4,800 disumbangkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk diagihkan kepada 40 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di Sabah, setakat ini.

Kalangan pelajar terdiri daripada anak miskin, yatim dan asnaf itu menerima bantuan tunai sebanyak RM120 setiap seorang melalui Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019/1440H, di daerah Semporna dan Tawau.

Berdasarkan agihan sumbangan kali ini disalurkan kepada 20 pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu Keramat, Tawau yang turut disaksikan oleh Pengetuanya, En Rahmat Bin Ariffin.

Seterusnya, penerima lain turut mendapat bantuan amal jariah YaPEIM ialah 5 pelajar SMK Kabogan yang diserikan lagi kehadiran Pengetua, En Abdul Hassan; 10 pelajar SMK Bum Bum, yang juga disaksikan oleh Pengetua, En Johan Akasa dan 5 pelajar SMKA Tun Sakaran yang disaksikan oleh wakil Pengetua, En Abdul Bin Ibrahim.

Berpandukan statistik perancangan Program Inspirasi Ramadan YaPEIM tahun ini mensasarkan sebanyak 14,000 penerima bantuan tunai RM120 seorang di 14 lokasi seluruh Negara.


Top

Comments are closed.

Top