YaPEIM » YaPEIM anjur Program (Training of Trainers) TOT Pengenalan & Kesedaran Pensijilan Halal Malaysia

Blog

YaPEIM anjur Program (Training of Trainers) TOT Pengenalan & Kesedaran Pensijilan Halal Malaysia

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan telah melaksanakan Program Training of Trainers (TOT) mengenai Pengenalan dan Kesedaran Pensijilan Halal Malaysia kepada 35 orang pegawai YaPEIM yang bergerak di negeri- negeri khusus dalam program pembangunan sosio ekonomi YaPEIM.

Putrajaya, 26 Ogos 2019 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan telah melaksanakan Program Training of Trainers (TOT) mengenai Pengenalan dan Kesedaran Pensijilan Halal Malaysia kepada 35 orang pegawai YaPEIM yang bergerak di negeri- negeri khusus dalam program pembangunan sosio ekonomi YaPEIM.

Program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohammad Nordin Ibrahim. Turut hadir ialah YBhg. Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, YBhg. Pn. Hakimah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim serta Pengurusan Kanan YaPEIM.

Program selama dua hari yang dikendalikan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM ini bertujuan memberi pendedahan mengenai prosedur, sistem dan kaedah pensijilan Halal Malaysia.

Para peserta akan memudahcara dan membantu usahawan untuk mendapat sijil halal daripada JAKIM.

Top

Comments are closed.

Top