YaPEIM » Warga Media Dirai, Jalin Sefahaman Strategik

Blog

Warga Media Dirai, Jalin Sefahaman Strategik

Hampir 100 pengamal media tempatan daripada pelbagai agensi telah diraikan di dalam majlis berlangsung santai namun penuh warna warni.

PUTRAJAYA 1 Nov 19 – Hampir 100 pengamal media tempatan daripada pelbagai agensi telah diraikan di dalam majlis berlangsung santai namun penuh warna warni.

Majlis Makan Malam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Bersama Media 2019 diadakan di sebuah hotel terkemuka itu, diserikan kehadiran Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bersama Timbalan, Hajah Fuziah Salleh.

Selain beramah mesra dan bertukar pandangan bersama warga media, YB Mujahid turut meluang masanya menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada para pemenang termasuk hadiah utama, baucar pakej pelancongan yang bernilai RM5,000 tajaan Lembaga Tabung Haji.

Selain pengamal media, majlis yang bermula 8.30 malam hingga 11.00 malam itu turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Agensi Hal Ehwal Agama, termasuk Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan.

Top

Comments are closed.

Top