YaPEIM » Usaha YaPEIM Memantapkan Taraf Pendidikan Pelajar Dihargai

Terkini

Usaha YaPEIM Memantapkan Taraf Pendidikan Pelajar Dihargai

Sumbangan berupa peralatan sekolah, penganjuran kelas tambahan dan yang bersesuaian adalah digalakkan.

KOTA KINABALU, 13 November 2018 – Program Aprisiasi Corporate Sosial Responsibility CSR anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah julung kali diadakan bagi memberi penghargaan kepada agensi kerajaan, NGO, badan korporat termasuk YaPEIM yang telah banyak memberi sumbangan dalam memantapkan taraf pendidikan pelajar.

YB. Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah yang merasmikan program turut merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan mengalu – alukan sumbangan dari YaPEIM dan badan korporat yang lain.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan dalam menaiktaraf sektor pendidikan di negeri Sabah khususnya.

Turut hadir memberikan ucapan Datuk Hajah Maimunah Suhaibul, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Untuk makluman, YaPEIM telah melaksanakan Program Inspirasi YaPEIM sejak 2016 hingga kini dalam menyantuni pelajar yang pencapaian sederhana dan kebawah dalam meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar di peringkat UPSR dan SPM.

Top

Comments are closed.

Top