YaPEIM » TEMUBUAL KETUA PENGARAH YaPEIM, BERSAMA MEDIA JAKIM MENGENAI YaPEIM GOLD

Blog

TEMUBUAL KETUA PENGARAH YaPEIM, BERSAMA MEDIA JAKIM MENGENAI YaPEIM GOLD

“PATUH SYARIAH, KEUTAMAAN URUSNIAGA YaPEIM GOLD”

KUALA LUMPUR 8 Mac – PENGLIBATAN secara langsung Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam segmen perniagaan dan pelaburan berasaskan emas bermula setelah tertubuhnya Pusat Produksi Emas, sekitar pertengahan 2012.

Kewujudan pusat pengeluaran hasil komitmen tinggi warga pengurusan Institut Penyelidikan & Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd., (INPUT YaPElM) itu menjadi pemangkin bagi Projek Emas yang dirintis sebagai permulaan tapak menceburi industri.

Bagi Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, penglibatan agensi dalam perniagaan bernilai tinggi itu, bukan bermotif keuntungan semata-mata, sebaliknya bersandarkan aspirasi moral untuk mengelakkan rakyat menjadi mangsa manipulasi emas.

Beliau berkata, inisiaitif mendidik masyarakat mengenali ketulenan emas dan memastikan keyakinan memiliki dan melabur emas patuh syariah, mengilhamkan perniagaan YaPEIM Gold.

“Pengalaman mengendalikan pajak gadai emas lebih 25 tahun Ar-Rahnu YaPEIM, kami temui banyak kes pelanggan menjadi mangsa penipuan emas dan ketulenannya sehingga kerugian.

“Kejadian ini memberi inspirasi untuk kami mengeluarkan barang kemas bawah jenama sendiri dan menawarkan pilihan pelanggan membeli hiasan emas tulen, ada nilai di pasaran,” katanya dalam wawancara media mengenai Promosi YaPEIM Gold, di NU Sentral, di sini.

Menurut Abibullah, tahun 2012 permulaan pengeluaran barangan kemas YaPEIM Gold secara kecil-kecilan dengan hanya beroperasi di sebuah bilik sebagai makmal di Kampung Atap, dan kini sudah memiliki bangunan sendiri di Bangi untuk menguji serta hasilkan pengeluaran emas.

“Lebih membanggakan, produk dihasilkan dipilih sebagai hadiah pemenang Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-55 pada 2013 berbentuk bar emas RM70,000 setiap set, dan hingga kini, produk YaPEIM Gold kekal sebagai hadiah utama pertandingan,” ujarnya.

– PROMOSI YaPEIM Gold –

Dalam pada itu, mengulas mengenai Promosi Raikan Cinta YaPEIM Gold berlangsung sepanjang bulan ini (mulai 1 hingga 30 Mac), pelbagai tawaran istimewa disedia untuk pelanggan bertuah terutamanya pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

“Promosi hebat bagi meraikan majlis perkahwinan dengan terciptanya set cincin khas untuk pengantin lelaki dan wanita, didatangkan terhad 15 set sahaja. Selain harganya kompetetif, set cincin ini turut direka bentuk dan dihasilkan eksklusif oleh YaPEIM Gold sahaja,” katanya.

Selain perhiasan, YaPEIM Gold juga tawarkan pelbagai produk berasaskan emas termasuk cenderahati seperti bullion emas bagi penggemar koleksi atau pelaburan emas. Terdapat dua jenis Minted Bullion dihasil (syiling dan wafer emas) berketulenan 999 (24 karat) dengan denominasi 0.50 gram, 1.00 gram, 2.00 gram, 5.0 gram.

Top

Comments are closed.

Top