YaPEIM » Tajaan RM50,000 Bukti Komitmen YaPEIM

Blog

Tajaan RM50,000 Bukti Komitmen YaPEIM

Sejumlah RM50,000 nilai tajaan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) sempena Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (SEIC) 2019, jadi bukti komitmen agensi itu dalam memartabatkan budaya ilmu.

KUALA LUMPUR 10 Okt 19 – Sejumlah RM50,000 nilai tajaan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) sempena Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (SEIC) 2019, jadi bukti komitmen agensi itu dalam memartabatkan budaya ilmu.

Sumbangan hasil Dana Tabung Amanah YaPEIM itu telah disampaikan kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan (KPM)
Datuk Dr. Yasmin Hussain, dalam rangka lawatan ringkasnya ke Ibu Pejabat YaPEIM, Kuala Lumpur hari ini.

Penglibatan YaPEIM dalam menjayakan program antarabangsa anjuran Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) KPM dengan kerjasama Pertubuhan Sokongan Ibu Bapa Disleksia Malaysia (PSIDM) itu menjadi penanda aras penting pembangunan modul pendidikan khas untuk modal insan negara.


Top

Comments are closed.

Top