YaPEIM » Sumbangan Sinar Kasih YaPEIM Jadi Perangsang

Blog

Sumbangan Sinar Kasih YaPEIM Jadi Perangsang

LIMA beradik yang bergelar yatim piatu sekelip mata setelah kematian kedua ibu-bapa ayah akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) untuk tampil menyalurkan bantuan tunai program Sinar Kasih.

ALOR SETAR 24 Nov 19 – LIMA beradik yang bergelar yatim piatu sekelip mata setelah kematian kedua ibu-bapa ayah akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPElM) untuk tampil menyalurkan bantuan tunai program Sinar Kasih.

Menurut Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq & Pembangunan Sosioekonomi YaPEIM, Mohammad Zamri Zakaria, kesusahan dihadapi oleh anak-anak mangsa langgar lari, Allahyarham Jamaludin Musa, 51, dan isterinya, Allahyarham Rapidah Ahmad, 46, mendorong agensi itu tampil menyumbang tunai RM7,200 untuk menampung belanja harian anak-anak mangsa yang kini telah hilang tempat bergantung.

Beliau berkata, amat menyedihkan apabila salah seorang anak mangsa Muhammad A’tiqullah juga terlibat dalam kemalangan ngeri itu mengalami cedera parah patah tangan kanan dan kaki kirinya selain kecederaan dalaman di kepala dan badan.

“Sebagai agensi memegang amanah kebajikan, YaPEIM tampil menyerah sedikit bantuan tunai untuk keperluan anak-anak ini yang dalam serba kesusahan dan kesedihan.

“Semoga sumbagan ini dapat membantu mereka menampung kos belanja terutamanya pendidikan tiga dari lima beradik ini yang masih bersekolah. YaPEIM juga sedang menilai dan pertimbangkan bantuan lain diperlukan oleh mereka bersesuaian keupayaan YaPEIM,” katanya ketika menyerahkan bantuan Sinar Kasih di Batu 4 1/2 Pekan Langgar.

Bagi Norzaitul Akma Jamaludin, sebagai waris & anak sulung keluarga, dugaan dihadapi mereka amat berat untuk dipikul namun tetap redha atas ketentuan Allah SWT.

“Saya bersyukur dan terima kasih kepada YaPEIM yang tampil membantu. Wang yang diterima ini akan digunakan sebaik mungkin untuk belanja pendidikan adik-adik dan tumpuan utama ketika ini adalah rawatan serta pemulihan Muhammad yang perlu menjalani pembedahan menggantikan tempurung kepalanya.

“Insya Allah saya tabah, perlu kuat untuk bersama adik-adik melalui detik sukar ini. Keprihatinan dan kesungguhan YaPEIM membantu amat dihargai perangsang untuk kami terus cekal berusaha dan mengubah masa depan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, keprihatinan semua pihak untuk tampil membantu anak-anak yatim ini amatlah dialu-alukan. Bantuan tunai ikhlas boleh disalur ke akaun RHB Bank Berhad 152121-000-32211 atas nama Nurzaidatul Akmal Jamaludin.

Top

Comments are closed.

Top