YaPEIM » Soal Kebajikan Warga, Keutamaan YaPEIM

Blog

Soal Kebajikan Warga, Keutamaan YaPEIM

Perkara tersebut terbukti apabila agensi berpaksi kebajikan dan amal jariah itu komited membantu seorang warga emas, Asiah Awang Chik, 70, di Kampung Jeram Takar, Sg. Lembing, yang hidup sendirian.

KUANTAN 8 Sept 19 – ASPEK kebajikan warga serba kekurangan serta memerlukan sentiasa menjadi keutamaan YaPEIM membantu bagi meringankan beban ditanggung.

Perkara tersebut terbukti apabila agensi berpaksi kebajikan dan amal jariah itu komited membantu seorang warga emas, Asiah Awang Chik, 70, di Kampung Jeram Takar, Sg. Lembing, yang hidup sendirian.

Hasil kerjasama kakitangan Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) dan sukarelawan Homehelp, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengadakan program Gotong-Royong bagi membersihkan kawasan di sekitar rumah Asiah atau dikenali Tok Yah dilaksanakan selain turut menyerahkan sumbangan RM3,000 bagi tujuan membaik pulih rumahnya yang serba usang.

Sumbangan tunai disampaikan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan hasil kutipan Tabung Amanah YaPEIM disalurkan bagi tujuan kebajikan dan amal jariah.

Tok Yah ketika ditemui mengakui sumbangan diberikan amat bermakna baginya menampung keperluan hidup selain membaik pulih bumbung rumahnya yang rosak.

“Terima kasih lah YaPEIM bagi sumbangan ini, ia amat bermakna untuk makcik tampung belanja dan baik pulih rumah,” katanya.

Sementara itu, Nik Aisya Fadhlina Othman pula berkata, inisiatif dilakukan oleh YaPEIM dengan kerjasama staf PPYN itu sangat efektif dan baik dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Usaha dibuat adalah bukti komitmen YaPEIM dalam membantu warga memerlukan dan amat baik dikembangkan lagi pada masa hadapan bagi menyebar luas peranan dan keberkesanan agensi sebagai penggerak penting bagi aktiviti kebajikan dan amal jariah,” katanya.

Top

Comments are closed.

Top