YaPEIM » QARI & QARIAH MALAYSIA JUARA MTHQA KE-61

Terkini

QARI & QARIAH MALAYSIA JUARA MTHQA KE-61

Kesemua empat pemenang itu akan membawa pulang hadiah bar emas bernilai RM70,000 setiap satu yang ditaja sepenuhnya oleh pihak YaPEIM selain hadiah tunai RM20, 000 dan piala iringan.

KUALA LUMPUR 20 April – Wakil Malaysia, Abdul Khair Jalil dan Nor Farhatul Fairuzah Panut telah diangkat sebagai Johan Qari dan Qariah, Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) kali Ke-61 tahun ini.

Kedua-dua wakil negara itu berjaya menewaskan

36 orang peserta lain bertanding dalam kategori Tilawah Antarabangsa setelah ke semua mereka lepasi saringan sebelum layak bertanding pada peringkat akhir yang berlangsung 5 hari mulai 15 hingga 19 April 2019 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Lebih manis, kedua-dua wakil negara itu adalah Johan Qari dan Qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Negeri Sembilan, bulan lalu.

Sementara itu, kategori Hafazan Antarabangsa pula menyaksikan Mohamed Abdi wakil Sweden dinobat sebagai Johan Hafiz diikuti Mohammad Maruf Hossain (Canada) tempat kedua dan juga Heytham Sagar Ahmad (Kenya), ketiga.

Bagi Hafizah pula, Johan milik Fatouma Ousseni Moussa, dari Niger setelah mengalahkan Hadeel K.A. Madfaa (Palestin) tempat kedua dan ketiga milik Hasiya Usman Jibrilla (Nigeria).

Top

Comments are closed.

Top