YaPEIM » Program Qurban di Trabiang Thom, Kemboja

Terkini

Program Qurban di Trabiang Thom, Kemboja

Sebanyak 66 ekor lembu telah disumbangkan kepada penduduk kampung ini terutama kepada 150 orang pelajar di Madrasah Nurul Huda.

22 Ogos 2018 – Buat julung-julung kalinya YaPEIM bekerjasama dengan Yayasan SEMESTA Berhad (YSB) untuk menjayakan Program Ibadah Qurban di beberapa tempat termasuk di Kampung Trabiang Thom yang terletak di Wilayah Stueng Treng, Kemboja.

Delegasi YaPEIM diketuai oleh En. Ahmad Rizwan Abdullah, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat yang bertindak sebagai pemantau bagi kelancaran program ini.

Rombongan juga didedahkan dengan cara membuat pemerkasaman daging qurban yang diusahakan sendiri oleh pelajar-pelajar madrasah tersebut dengan pengawasan daripada pegawai YSB.

Program kali ini, diakhiri dengan makan tengahari bersama penduduk kampung; pelajar dan urusetia yang terlibat.

Program Qurban ini adalah sebahagian daripada Program Ibadah Qurban Perdana YaPEIM 1439H di Kemboja bermula 22 hingga 24 Ogos 2018 yang turut disertai oleh Ketua Pengarah YaPEIM, Dato’ Abibullah Haji Samsudin.

©️ Bahagian Komunikasi Korporat | Hasan Tanaeim Tajuddin & Nasrul Fizal Jamaluddin

Top

Comments are closed.

Top