YaPEIM » Program Inspirasi YaPEIM SR & SPM 2019 – Bengkel Guru (JPN Pahang)

Blog

Program Inspirasi YaPEIM SR & SPM 2019 – Bengkel Guru (JPN Pahang)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan 145 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sedang melaksanakan Program Inspirasi Sekolah Rendah (SR) & SPM yang bermula pada bulan Mei 2019, pada masa kini Program Inspirasi – Bengkel Guru sedang dilaksanakan dengan jangkaan seramai 6,380 orang guru akan terlibat di seluruh Negara.

Objektif penganjuran program bengkel guru ini adalah untuk memberi pencerahan kepada ketua akademik & guru-guru mengenai kandungan serta cara penggunaan modul-modul subjek yang dibangunkan oleh Guru-guru Cemerlang (GC) YaPEIM. Para peserta bengkel guru juga akan di beri tip & teknik mengajar yang mudah dan berkesan dalam dalam meningkatkan pengetahuan kaedah Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc) sekaligus akan meningkatkan kefahaman para pelajar terdiri daripada kategori lemah dan sederhana yang akan mengikuti Program Inspirasi SR & SPM – Kelas Intensif. Selain daripada kejayaan akademik para pelajar, para guru yang mengikuti bengkel ini juga merupakan tunjang dan tenaga penggerak kepada kejayaan pelaksanaan Program Inspirasi Sekolah Rendah (SR) dan SPM YaPEIM 2019 di seluruh Negara.

Tarikh: 15 & 17 Julai 2019
Peserta :86 orang guru SMK & SR di seluruh Daerah Pahang
Lokasi: PPD Temerloh
Subjek: Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah & Bahasa Melayu
JPN/PPD: JPN Pahang

Top

Comments are closed.

Top