YaPEIM » PROGRAM IBADAH QURBAN YaPEIM 1439H DI KAMPUNG SAMBUOR SENCHEY, KRACHEH, KEMBOJA

Terkini

PROGRAM IBADAH QURBAN YaPEIM 1439H DI KAMPUNG SAMBUOR SENCHEY, KRACHEH, KEMBOJA

Sebanyak 30 ekor lembu dan 2 ekor kambing disumbangkan oleh YaPEIM dan YSB kepada penduduk kampung ini.

23 Ogos 2018 – Program Ibadah Qurban YaPEIM diteruskan ke Wilayah Kracheh/Kratie yang merupakan lokasi kedua kerjasama antara YaPEIM dengan Yayasan SEMESTA Berhad (YSB).

Program usahasama yang dirancang ini mendapat sokongan padu daripada Jeneral Novsari yang merupakan antara orang penting di kawasan ini.

Perkampungan Sambuor Senchey terletak dalam kawasan Wilayah Kracheh iaitu 250 kilometer ke arah timur laut Phnom Penh. Pemilihan kampung ini kerana baru setahun didaftarkan secara rasmi sebagai komuniti Muslim di wilayah ini.

Turut hadir bagi menjayakan majlis perasmian ialah Senator Chay Vanna (Haji Abu Bakar Mohd Salleh), member of Senate, Cambodia; Oknha Sir Dato’ Seri Prof. Dr. Sabree Salleh, penasihat Ekonomi Kepada Senat, Cambodia; Dr. Tajuddin, Timbalan Pengerusi YSB; Dato’ Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM dan penduduk kampung Sambuor Senchey, Kracheh.

Program dimulai dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh presiden Cambodia People’s Party (CPP), tuan Sor Chamrong. Diikuti penyerahan daging korban kepada penduduk yang hadir di majlis ini.

Selain itu, turut diadakan penyerahan kain telekung kepada penduduk yang hadir hasil sumbangan ikhlas dari YSB.

Majlis diakhiri dengan kenduri rakyat yang diadakan bagi meraikan semua yang hadir menjayakan program ini.

© Bahagian Komunikasi Korporat | Hasan Tanaeim Tajuddin & Nasrul Fizal Jamaluddin

Top

Comments are closed.

Top