YaPEIM » PROGRAM IBADAH QURBAN YaPEIM 1439H DI CHROY CHANGVA, KANDAL, CAMBODIA.

Terkini

PROGRAM IBADAH QURBAN YaPEIM 1439H DI CHROY CHANGVA, KANDAL, CAMBODIA.

Pada kali ini, YaPEIM dengan kerjasama Cambodia Islamic Association (CIAS) menyumbangkan 6 ekor lembu wakalah qurban dan sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, gula dan bihun.

24 Ogos 2018 – Merupakan hari terakhir dalam siri Travelog Qurban YaPEIM sempena Program Ibadah Qurban Perdana YaPEIM Cambodia 1439h pada tahun ini.

Terletak di Wilayah Kandal yang merupakan wilayah pinggiran bandaraya arah timur Phnom Penh, dengan jajaran penkampungannya di persisiran Sungai Mekong yang merupakan nadi penduduk petani di sini.

Kampung Chroy Changvar, Wilayah Kandal, Cambodia adalah merupakan perkampungan minoriti komuniti Muslim yang didiami hampir 750 penduduk dengan populasi 150 buah keluarga. Penduduk kampung ini sedang mempersiapkan diri untuk berpindah ke dalam perahu sekiranya berlakunya limpahan air Sungai Mekong.

Dengan berakhirnya program hari ini, maka terlaksanalah sudah ibadah qurban terbaik anda di bawah Prog Ibadah Qurban Yapeim menjadikan keseluruhan jumlah qurban yapeim sahaja sebanyak 71 ekor melibatkan 3 buah Wilayah dan hampir 6 buah kampung.

Semoga amalan qurban kita tahun ini diterima dan digantikan dengan pahala setimpal dariNYA. Aamin

© Bahagian Komunikasi Korporat YaPEIM | Hasan Tanaeim Tajuddin & Nasrul Fizal Jamaluddin.

Top

Comments are closed.

Top